RSS

Kalsium dan Sumbangannya kepada Manusia. Soal Jawab Popular Tentang Ostematrix Calcium~

Assalamua'laikum wbt,
Sudah lama blog ini bersawang. Sempena Promosi April Beli 6 Percuma 1 Ostematrix Calcium di sini saya ingin berkongsi kepentingan kalsium dalam hidup seseorang manusia dan kelebihan2 Ostematrix Calcium.

Kalsium adalah penting bagi pertumbuhan normal dan penjagaan tulang dan gigi, dan keperluan kalsium haruslah dikecapi sepanjang hayat. Keperluan adalah paling tinggi semasa peringkat pertumbuhan, seperti peringkat kanak-kanak, semasa mengandung dan semasa penyusuan bayi. Kekurangan kalsium pada jangka masa panjang boleh mengakibatkan osteoporosis, di mana tulang semakin merosot dan peningkatan risiko retak/patah tulang. Keperluan kalsium boleh dicapai dengan memakan atau meminum sekurang-kurangnya 3 ke 4 sajian keluaran tenusu setiap hari.

Kalsium merupakan bahan galian penting dalam diet yangs sihat. Kekurangannya boleh memberi kesan terhadap pembentukan tulang dan gigi, sementara penyimpanan berlebihan boleh mengakibatkan karang ginjal. Vitamin D diperlukan untuk menyerap kalsium. Keluaran tenusu, seperti susu dan keju, adalah sumber kalsium yang diketahui ramai.


Tanda2 Kekurangan Kalsium;

1) pada otot dan saraf:
  • Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki. 
  • Kejang otot 
  • Wheezing(pernafasan berdehit) 
  • Susah menelan 
  • Suara berubah akibat laryngospasm


2) pada saraf sahaja :
  • Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti 
  • Letih 
  • Sawan 
  • Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal

3) pada jantung:
  • Sesak nafas
  • Tanda-tanda lemah jantung dan cepat penat

4) pada kulit, rambut dan kuku:
  • Rambut kasar
  • kuku rapuh
  • Psoriasis (sakit kulit)
  • Kulit kering

5) Tanda-tanda kekurangan kalsium secara umum
  • Kekejangan atau "kram" otot 
  • sukar/susah nak tidur 
  • Perasaan berdebar-debar 
  • Eczema (penyakit kulit) 
  • Rapuh kuku 
  • Sakit Sendi 
  • Tekanan darah tinggi 
  • Gigi reput 
  • Paras Kolestrol tinggi 
  • Kebas-kebas kaki dan tangan 
  • Rheumatiod arthritis 
  • Rickets
Susu, yogurt, keju dan lain keluaran tenusu merupakan sumber utama kalsium dan juga diperkuatkan dengan vitamin D. Kalsium adalah mineral yang paling berlimpah dalam tubuh badan, akan tetapi juga merupakan satu daripada mineral yang paling berkemungkinan tidak dibekalkan dengan mencukupi dalam pemakanan manusia.

Oleh itu, salah satu cara untuk mempastikan intake kalsium harian kita mencukupi adalah dengan mengambil atau mengamalkan supplemen kalsium. Supplemen kalsium yang menjadi amalan saya adalah Ostematrix Calcium Shaklee. Banyak manfaat yang saya dapat semenjak mengamalkan supplemen kalsium Shaklee ini. Saya telah mengamalkan Ostematrix Shaklee ini semenjak berkenalan dengan produk Shaklee sekitar tahun 2011. Kini, ia menjadi amalan wajib saya tidak kiralah sama ada waktu2 biasa, semasa mengandung, dalam pantang dan diteruskan walaupun setelah habis berpantang. Ini kerana saya sedar kepentingan kalsium dalam hidup seorang wanita.


TESTIMONI SENDIRI SEBAGAI PENGGUNA TEGAR OSTEMATRIX CALCIUM

Antara testimony saya sebagai pengguna Ostematrix yang paling ketara adalah saya TIDAK LAGI MENGALAMI SEMBELIT. Sembelit saya agak kronik kerana saya ada keturunan buasir (sebelah arwah abah) namun sejak amalkan Ostematrix tiada lagi sembelit malah lancar ke tandas tanpa masalah. Testimoni kedua yang saya dapat rasa adalah saya rasa segar dan berminda positif ketika bangun dari tidur. Ini kerana kalsium adalah nutrient untuk urat saraf. Ia membantu memberi kelegaan kepada urat saraf seterusnya membantu MERINGANKAN STRESS. Kini, saya menyusu badan anak saya yang mencecah usia 3 bulan. Saya dapati susu ibu semakin melimpah ruah sejak mengamalkan Ostematrix Calcium. Ini kerana kandungan utama susu ibu adalah protein diikuti oleh kalsium. Oleh itu, biasanya pengamal Ostematrix yang menyusu badan biasanya akan memperoleh susu yang banyak dan mencukupi untuk bayi asalkan konsep supply and demand dijaga. Testimoni lain adalah sejak hamil saya selalu mengalami bengkak kaki ketika bangun tidur namun sejak konsisten dengan ostematrix Calcium tiada lagi kaki bengkak ketika tidur. Banyak lagi manfaat saya dapat dengan amalan Ostematrix seperti gigi terasa kuat tiada lagi gusi berdarah. Manakala bayi saya pula kepala cepat tegak pada usia 2 bulan dan berbadan tegap. Malah pada usia cecah 3 bulan sudah boleh duduk dengan tegap dan tegak apabila didudukkan (semasa mahu sendawakannya selepas menyusu) dengan bantuan pegangan tangan orang dewasa.


So jom kita berkenalan lebih lanjut dengan Ostematrix Calcium:

1) Apakah itu Ostematrix dan kandungannya?
Ostematrix! Bukan sekadar kalsium…
Ostematrix mengandungi gabungan sempurna “batu bata-dan-mortar“ untuk membina tulang yang kuat dan sihat.

# 1,000 mg (100% DV) kalsium unsur dari sumber alam semula jadi yang paling yang concentrated dan mudah diserap
# 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalamtulang dan membantu menguatkan tulang
#     400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium
   Boron dalam jumlah yang disokong secara klinikal untuk membantu metabolismetulang
#     Vitamin K membantu mengikat mineral untuk membentuk tulang
#  Mangan, copper, dan zink - co-factor yang mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang




OsteoMatrix juga membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengurangkan gejala PMS .Ia juga membantu dalam pengecutan otot dan transmisisaraf.
Kenapa anda perlu pilih Ostematrix Shaklee?
#  Nutrien pembinaan tulang yang lengkap
#  Terbukti secara klinikal
#  Mudah ditelan dan mudah diserap badan
#  VITAMIN SEMULAJADI!


2) Siapakah yang memerlukan Ostematrix? 

#  Mereka yang kurang mendapat zat2 membina tulang dari pemakanan harian.
#  Mereka yang mengambil berat tentang pembinaan tulang dan mengekalkan tulang yang sihat untuk jangka masa panjang
#  Mereka yang merokok, pengambilan alkohol yang tinggi, atau kerap minum
 minuman ringan - tabiat gaya hidup yang boleh mengehadkan atau mengganggupenyerapan kalsium
# Wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas, remaja dan warga tua.
#  Ibu hamil dan menyusukan anak
#  Wanita yang mengalami gejala PMS
#  Mereka yang mengambil berat tentang tekanan darah yang normal
#  Sekiranya anda sukar menelan kalsium dalam bentuk lain

3) Apakah keistimewaan Ostematrix berbanding produk lain di pasaran?
Kelebihan Ostematrix
Supplement kalsium Shaklee turut dikenali sebagai ostematrix. Istimewanya ostematrix berbanding tablet kalsium yang berada di pasaran adalah kerana ianya diperbuat daripada sumber mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati yang turut mengandungi bukan saja kalsium malah magnesium, fosforus, Vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium yang lebih efisyen, zinc, kuprum, manganes serta boron. 

Kehadiran nutrien-nutrien ini penting bagi memastikan penyerapan kalsium dapat dibuat pada kadar yang paling optimal selain menghalang endapan sesetengah mineral tersebut di dalam badan. Di samping itu, pengambilan ostematrix secara teratur dan mengikut jadual pemakanan yang disarankan boleh membantu mengatasi masalah lazim ketika hamil seperti yang telah disebutkan di atas.

4) Apakah fungsi Kalsium/ Magnesium / Vitamin D dll dalam Ostematrix?
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.
haklee mempunyai produk supplement kalsium yang lengkap dengan magnesium dan vitamin D. Ianya dikenali sebagai Ostematrix.


5) Apakah peranan Kalsium untuk ibu hamil?
Fungsi kalsium untuk ibu hamil
70 % cadangan kalsium dalam tubuh ibu hamil akan diambil oleh janin. Ini untuk menjamin pembentukan otot, otak, tulang dan organ-organ tubuh.  Jika kekurangan kalsium ibu hamil akan mengalami aritmia jantung, susah tidur, kram otot, cepat capek, tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah, nyeri tulang punggung, menurunnya sistem imun tubuh, haid sakit pasca hamil, gangguan kesuburan, beresiko keguguran, lemah jantung, dan gangguan emosi (mudah marah atau malah murung).

Antara peranan lain kalsium ialah..


Penting ketika proses ovulasi

Proses ovulasi atau pembenihan yang menyebabkab terjadinya kehamilan juga melibatkan kalsium di dalamnya. Ia memberi tenaga kepada sperma untuk bergerak ke rahim. Komponen kalsium berada di hujung depan sperma dan membantunya memasuki membran sel telur.

Untuk tulang

Tulang adalah organ tubuh yang mengandungi 2 jenis kalsium iaitu karbonat dan fosfat. Kedua-duanya membentuk tulang yang padat dan kuat. Keperluan kalsium harian wanita hamil  meningkat kerana proses pembesaran janin. Jika pengambilan kalsium kurang , janin akan mengambil kalsium daripada tulang ibunya. Akibatnya tulang ibu kurang  kalsium , menjadi rapuh dan keropos.

Untuk gigi

Jika ibu kurang kalsium, gigi mudah rapuh, berlubang, goyang dan tanggal. Itu sebabnya kehamilan juga dikaitkan dengan permasalahan gigi dan ketika hamil ibu memerlukan rawatan gigi


Untuk Jantung 

Kehamilan menyebabkan kerja jantung bertambah berat. Apa yang menyebabkan jantung secara berterusan berdenyut dan mengepam? Jawapannya ialah Kalsium. Ketika jantung mengepam , ion kalsium mengatur degupannya, kalsium pula mengaktifkan protein untuk menggerakkan otot jantung mengempis dan mengembang. Kekurangan kalsium melemahkan kemampuan otot jantung berdegup dan menyebabkan pelbagai penyakit jantung.

Untuk Sistem Imun

Sistem ketahanan tubuh bertindak melindungi dan menolak unsur asing manakala ion kalsium yang pertama memberi tanda "bahaya" dan mengarahkan sistem ketahanan badan bertindak melawan "musuh" dengan mengubah bentuk dan memusnahkannya . Jika ibu kekurangan kalsium, sistem kekebalan tubuh akan terganggu hingga kerjayanya tidak maksimum. Sistem imun yang terganggu memberi kesan sampingan gangguan kulit  sperti keradangan kulit dan jerawat.

Untuk pertumbuhan dan kesihatan janin

Selama pertumbuhannya janin memerlukan 13 mg kalsium daripada darah ibu. kecukupannya menjamin pertumbuhan tulang dan gigi janin yang kuat.


6) Apakah peranan Kalsium untuk ibu menyusu?
Berbalik kepada penyusuan susu ibu, kebanyakan ibu mengalami masalah susu badan kurang semasa haid (period). Ini adalah kerana semasa haid, blood calcium atau kalsium dalam darah menjadi rendah, dan in memberi kesan kepada kebanyakan ibu.Ada ibu yang tidak mengalaminya dan anda memang bertuah.
Jadi kepada ibu2 yang mengalami masalah susu kurang semasa period, ibu boleh mengambil suplemen kalsium yang dilengkapi dengan magnesium dan Vitamin D serta mineral lain bagi memastikan fungsi kalsium dapat dimanfaatkan dengan optimum.


7) Bagaimanakah Ostematrix membantu mengurangkan period pain / menses?

OsteMatrix (CalciumMagnesium) - berfungsi untuk melancarkan sistem jantung dan aliran darah. Jantung adalah nadi kehidupan manusia. Otot jantung bergerak apabila menerima arahan daripada kalsium. Dikatakan kalsium mengaktifkan sejenis protein yang bertindak menggerakkan otot jantung dan mengalirkan darah. Apabila darah dapat mengalir dengan lancar, maka period pain pun hilanglah.


8) Cara pengambilan Ostematrix? 

4 biji sebelum tidur.

9) Kenapa Ostematrix disarankan untuk diambil sebelum tidur?
Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.



PROMOSI BELI 6 PERCUMA 1 OSTEMATRIX CALCIUM sedang berlangsung.
Jangan lepaskan peluang berkongsi dengan rakan2, saudara mara, kenalan untuk pakat2 buat belian PROMOSI HEBAT ini. Banyak khasiat Ostematrix Calcium ini. insyaAllah tak rugi andai anda melaburkan sedikit duit demi kesihatan anda, ahli keluarga dan ibu ayah tercinta.
Ayuh jangan berlengah!





Berminat?

Hubungi saya sebagai Distributor Shaklee anda

Konsultasi Produk Percuma+Freegift Menarik


Nama FB: Atfina Abdullah
sms/wa : 0126979844


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS