RSS

Clog Duct, Masalah Duktus Tersumbat atau Bengkak Susu?? Ketahui cara Penyelesaiannya..

Assalamua'laikum wbt,
Hari ini saya mahu share pasal Clog Duct atau masalah Duktus Susu Tersumbat.

Tahukah anda apakah itu Duktus Susu Tersumbat atau Clog Duct??

Duktus Susu Tersumbat atau Clog Duct ialah masalah payudara menjadi keras, keras seperti ketulan batu, terasa sakit terutama apabila ditekan atau terlanggar objek keras dan kadangkala membuatkan si ibu tidak boleh mengangkat tangan. Ada ibu menyusu sehingga menangis kesakitan dan demam2 akibat clog duct.

Seriously, saya pernah mengalaminya semasa dalam pantang awal2 baru deliver Umar. Disebabkan kurang ilmu pasal penyusuan saya sampai demam2 akibat masalah Clog Duct. Tapi itu dulu, sekarang tiada lagi sejak beranak kedua ni. Sebab daku akan pumping ketika di sekolah atau jika time2 ammar refuse tak mau df. Tp kalau kena pun Lecithin kan ada.hehe..

Ok berbalik pada topik. Adakah anda pernah mengalami duktus susu tersumbat atau dipanggil Clogged Duct atau Plugged Duct? Kebiasaanya ia terjadi apabila susu tidak diperah/bayi tidak menyusu dengan konsisten sehingga susu menjadi terlalu banyak tanpa digunakan (supply banyak melebihi demand) dan inilah yang menyebabkan Clogged Duct atau susu tersumbat. Bahaya kepada kesihatan si ibu kerana ibu akan mengerang kesakitan dan boleh membawa kepada masalah bengkak susu yang melampau. Ada kes ibu menyusu terpaksa menjalani pembedahan pada payudaranya kerana ketulan susu terlalu banyak dan tidak dapat dicairkan dengan menggunakan ubat klinik.

Oleh itu, langkah-langkah pencegahan amat penting untuk mengelakkan masalah duktus susu tersumbat terjadi;

1.  Kosongkan payudara secara konsisten.
     Caranya:
  • Susukan bayi sekerap yang mungkin agar payudara tidak alami bengkak susu. Sebaik2nya selang sejam jika anda dalam pantang, lagi kerap lagi bagus. Jika bayi asyik tidur, kejutkan bayi.
  • Pam susu selang 2-3 jam sekali jika anda di tempat kerja.
2  2. Cuba elakkan stress
    3. Kurangkan pengambilan makanan berlemak.


Terdapat dua jenis duktus tersumbat. Sekiranya anda mengalami bengkak susu iaitu benjolan di buah dada, disertai tanda merah keradangan yang bertompok pada kulit berdekatan dengan benjol tadi, itu dipanggil duktus susu tersumbat. Sebenarnya ia bukan tersumbat tetapi tisu di bahagian duktus susu itu mengalami keradangan dan menekan duktus itu. Ia adalah mastitis di peringkat awal. Namun begitu, duktus yang betul-betul tersumbat jarang sekali berlaku. Biasanya ia terjadi beberapa minggu/sebulan selepas ibu mula menyusukan bayi dan bonjolan itu terasa amat sakit dan ada juga terdapat tompokan merah tanda keradangan.

Apakah yang menyebabkan duktus tersumbat?
  • ·Ibu tidak menyusu/memerah susu secara konsisten
  • ·Bayi tak mahu direct feed dan si ibu tidak mengepam
  • ·Stress berlebihan
  • ·Pakaian dalam (bra) yang tidak sesuai
  • ·Pelekapan yang tidak betul ketika menyusu
  • ·Pemakanan yang tinggi lemak


Cara untuk membantu melegakan duktus tersumbat/bengkak susu
  • Terus menyusukan bayi, menyusulah sekerap yang mungkin, elakkan masa yang panjang di antara penyusuan 
  • Pelbagaikan posisi penyusuan untuk mendapatkan posisi keselesaan kepada bayi dan pelekapan yang baik buat bayi ketika menyusu
  • Menggunakan pump susu (mengepam susu)
  • Mengurut buah dada sebelum/selepas penyusuan. Tips: boleh urut menggunakan sikat
  • Meletakkan kain yang hangat/sejuk di atas buah dada, mandi air panas dan membuat urutan lembut juga dapat membantu
  • Meletakkan sayur kobis yang dikopakkan seperti bentuk buah dada, ditekapkan di atas buah dada.

·                      
Jika ia masih berlarutan melebihi 24 jam, sila berjumpa doktor dengan segera kerana dikhuatiri mengalami mastitis dan mungkin terjadi jangkitan kuman.

Selain itu Lecithin disyorkan untuk mengelakkan masalah duktus susu tersumbat berulang lagi. Dos yang disyorkan adalah dalam 3600-4800mg lecithin setiap hari. Apa itu lecithin? Lecithin adalah tambahan makanan yang boleh didapati secara semulajadi di dalam makanan seperti kuning telur dan kacang soya. Ia adalah pengemulsi (memecahkan) lemak.

Shaklee juga mengeluarkan Produk Lecithin iaitu Soy Lecithin. Ia berbentuk softgel dan mudah ditelan. Soy lecithin merupakan sumber utama kolina. Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf.  Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.


Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi  daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin.

Lecithin juga membantu ibu-ibu menyusu untuk mengurangkan berat badan dengan memecahkan lemak-lemak dalam badan.,Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Untuk sebarang persoalan / pesanan
Boleh hubungi saya;

Fb: Atfina Abdullah
sms/wa : 0126979844
FB Page : Gedung Supplemen Anda

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment