RSS

SHAKLEE COLLAGEN POWDER YANG SUPERB!!!


PROMOSI DEC SCP MASIH ON!!DAPATKAN DARI DISTRIBUTOR SHAKLEE ANDA!! DAH NAK HABIS DAH PROMO TAPI MASIH SEMPAT LAGI!!


Promosi Dec 2012 :: SHAKLEE Collagen Powder - BUY 6 FREE 1 BOX

aPA yANG BEST??!!

1.Beli 6 kotak dapat free 1 kotak kolagen 
2. Yang lagi best, dapat keahlian percuma yg berharga rm65
3. Bulan depan dapat bonus rm110..sape nak bagi kan??


Kenapa perlu pilih kolagen Shaklee? Selain fungsi dan kesan yg best.. 
  • Shaklee dah melaburkan duit yg banyak utk ujian klinikal dan R&D utk produk ni.Ianya terbukti SELAMAT > SENTIASA BERKESAN !!!
  • KULIT CANTIK bukan muka je tau, TAPI seluruh badan. Kalau selalu rasa mahal, masa ni lah nak grab the oppurtunity. Ramai dah rasa kesannya. Yang best, sapa beli sekotak, mesti akan repeate order. 
Lagi testimoni dari sideline saya Eppi Aziz (leh tengok blog beliau di SINI ye)




Rahsianya..??Beliau rajin dan konsisten setiap malam akan ber-masker dengan SCP selama 20 minit. Tambahnya...
".. my supplements is my skincare... why spent more if you can be creative with your supplements? Furthermore its natural n chemical free..!! "


So Faedah tambahan :: menyokong KESIHATAN SESENDI & MENGUATKAN TULANG. Bantu mengekalkan otot di dlm mata supaya lembut

SUMBER SCP??



Shaklee Kolagen daripada sisik ikan merah - sumber kolagen yang lasak


Ikan merah hidup secara bebas dalam lautan sedalam 5000 meter. Di bawah keadaan laut yang bertekanan tinggi, ia adalah sukar bagi ikan biasa untuk hidup. Selain itu laut dalam bebas dari pencemaran...

Ikan merah boleh menahan tekanan sehingga 20 paun, bertelur dan hidup dengan bebas di dalam lautan dalam. Ia menjadikan ikan merah sumber kolagen yang baik :
  • Sangat lasak dan elastik
  • Kepaduan sel yang sangat tinggi
  • Tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan
  • Jisim molekul yang sangat rendah
NAK JUGAK??



Order/Info, Please PM
SMS :: 012-6979844
Email:: mujahidcerdik@gmail.com


credit: MommaMia, Eppi


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ESP YANG SUPERB!!

Assalamua'laikum..
terima kasih kpd yg sudi singgah dan membaca post di sini..dan jangan lupe beli ye.hehe

Ni mamaumar nak share 1 of da product yg kira killer jugakla di kalangan produk2 shaklee yg lain..bukan killer membunuh ye. tapi killer sbb ia terhangat dan menjadi rebutan ramai..ok produk ni dinamakan Energizing Soy Protein. Ini adalah protein soya yang diperbuat dengan cara penjagaan kualiti yang rapi..ada banyak pendapat mengatakan kesan pengambilan soya yang tidak bagus..suatu ketika dahulu saya juga berfikiran begitu setelah dimomokkan dengan info2 sebegitu..namun begitu, perlulah difahami terdapat beberapa ciri untuk mengenalpasti sama ada soya itu bagus atau pun tidak..yang pasti ESP adalah soya yang diperbuat dengan menjaga kualiti, standard dan memberikan sumber protein, kalsium dan lain2 vitamin perlu untuk tubuh badan.

Nak tahu apa yang BEST sangat tentang ESP dan perbezaan nya dengan brand lain??

Article from University of michigan medical school - kalau nak ambil protein supplement, kena pastikan ia mengandungi kesemua 9 nutrient penting amino acid dan kesemua 9 komponen ni tidak dihasilkan oleh tubuh. Dan kesemua sembilan ni mmg ada listed kat ESP.


ESP juga merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol, dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya. 
  • Tumbuhan berprotein yang BERKUALITI TINGGI dengan kandungan 14 GRAM PROTEIN SOYA sihat dan 500mg KALSIUM bagi setiap hidangan.
  • Membantu MENGEKALKAN KEPEJALAN OTOT.
  • GLISEMIK RENDAH yang dapat MEMBANTU MENGEKALKAN PARAS GULA dalam darah yang NORMAL.
  • Membantu MENYOKONG SISTEM IMUN, mengekalkan TAHAP KOLESTROL NORMAL dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.

dan... yang paling
SPECIAL SANGAT ESP SHAKLEE ni ialah:
  • AIR DIGUNAKAN UNTUK MENCUCI bagi mengekalkan bahan penting seperti isoflavones, genistein dan daidzein juga menyediakan anda dengan kebaikan keseluruhan soya.
  • Non-GMO (TIDAK DIUBAHSUAI SECARA GENETIK) protin berasaskan tumbuhan yang memastikan yang kacang soya kami bebas daripada kacang soya yang diubahsuai secara genetik.
so kesimpulannya ESP soya shaklee BERBEZA daripada soya biasa tau !!   

SEBAB ia bukan sekadar one of the best milk booster
malah macam2 lagi boleh dapat dengan ESP ni...
 
 Nak KURUS cari ESP.. 
 Nak GEBU cari ESP..
 Nak ANJAL cari ESP..
♥ 
Nak KULIT CUN muda remaja cari ESP..
 Nak Sihat Cari ESP..
 Nak kenyang cari ESP..
 Nak Bertenaga Cari ESP..

HIGH QUALITY ESP-Sumber flyer Shaklee Malaysia (klik gambar untuk lebih jelas)


testimoni mamaumar sendiri minum ESP ni di sepanjang penyusuan dengan Umar memang sangat membantu. sebelum ke sekolah, tak sempat sarapan minum ESP rasa kenyang sampai tengahhari, badaN pun rasa bertenaga dan pernah juga minum pagi terus rasa bengkak susu dan terpaksa pumping awal dari jadual pumping biasa. so ia lebih kurang macam milk booster.

berminat??nak harga istimewa kontek bawah ye:-)
Mamaumar@Fina
♥ Id Shaklee : 854919♥ Call.SMS. :: 012-6979844
♥ Email: mujahidcerdik@gmail.com

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MITOS TENTANG SUSU IBU..


Dalam riwayat Thabarani dan 'Ibnu dimaklumkan jika seorang wanita melahirkan, lalu ia mengeluarkan susu dari payudaranya dan dihisap oleh bayinya, setiap hisapan dan tegukan dia akan mendapat satu pahala. Jika ia berjaga sepanjang malam (kerana melayan bayinya), dia mendapat pahala seperti pahala orang yang memerdekakan 70 orang budak di jalan Allah.


Kelahiran seorang bayi mencatat pelbagai memori buat wanita yang pertama kali bergelar ibu. Secara lahiriah seorang bayi tanpa perlu diajar bagaimana mahu menyusu (rooting reflex), secara automatik akan menghisap puting payudara ibunya. Sebaiknya bayi terus dirangsang terus menyusu selepas satu jam dilahirkan. Proses ini penting untuk merangsang proses penghasilan susu secara berterusan.


Pelbagai telahan mengenai tekstur susu awal ini mengundang mitos dan tanda tanya. Sejauh mana kebenaran mitos berkaitan susu ibu. Berikut adalah sedikit informasi ringkas bagi meredakan keliru bagi anda yang bergelar ibu.
   
MITOS & FAKTA TENTANG SUSU IBU

Susu berwarna kekuning-kuningan yang sewaktu pertama kali bayi menyusu adalah susu basi!
§         FAKTA : Lazimnya di awal proses penyusuan terdapat cecair berwrna kekuningan (kolostrum) bertindak sebagai antibodi pertama bayi. Kolostrum hanya hadir pada tiga atau empat hari yang pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali itu sahaja dalam tempoh enam bulan atau tempoh dua tahun tempoh penyusuannya. Ia tidak akan berulang!. Kolostrum adalah makan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrum susu ibu. Kolostrum yang dijual di pasaran adalah ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.

Payu dara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur.
§        FAKTA : Secara alami saiz payu dara akan berisi sepanjang sembilan bulan kehamilan. Proses pembesaran itu berlaku ekoran kerana proses mamogenesis - pembentukan kelenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak. Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas bayi lahir; saiz payu dara ibu akan menurun cepat dan drastik manakala saiz payudara ibu yang menyusukan bayinya akan menurun secara perlahan-lahan.

Bayi akan sentiasa melekap pada ibu.
§        FAKTA : Ibu adalah manusia pertama bayi kenal. Manakan tidak sembilan bulan bayi menumpang teduh di dalam rahim ibunya, setelah menjenguk dunia bayi secara eksklusif menyusu dari payudara ibunya lebih dari 10 kali sehari. Impak dari hubungan intim itu mungkin memberi kesan kepada keakraban hubungan di antara ibu dan anak. Usah bimbang kerana tempoh melekap dengan ibu sebenarnya sangatlah singkat,  mungkin sekitar enam bulan sahaja, dua tahun atau mungkin lebih sehingga tida tahun atau lima tahun. Ketahuilah wahai ibu-ibu sekalian, bayi yang menyusu ibu akan membesar menjadi individu yang lebih berdikari, berasa selamat dan dilindungi, lebih berkeyakinan dan kurang menangis. Ini kerana sewaktu proses menyusu bayi berpeluang berinteraksi lebih rapat dan dakapan ibu membuatkan si manja rasa disayangi selalu.

Susu ibu tidak sesedap susu formula.
§        FAKTA : Hakikat sebenar susu formula telah ditambah pelbagai rencah untuk menyedapkannya. Sekalipun apa jua kenyataan yang mereka uar-uarkan mengenai kehebatan setiap produk susu mereka, belum ada mana-mana susu formula boleh menandingi khasiat yang sedia terkandung dalam susu ibu. Gula dalam susu ibu adalah gula ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula kompleks yang terkandung di dalam susu formula. Oleh itu bayi mendapat nutrien lebih mudah daripada susu ibu.

Payu dara kecil : susu kurang.
§        FAKTA : Semua ibu secara semula jadi boleh menghasilkan susu yang mencukupi. Saiz payu dara KECIL atau BESAR bukan ukuran susu yang dihasilkan banyak atau kurang. Kelenjar mamari adalah kelenjar yang khusus menghasilkan susu yang terdapat pada wanita, jadi tidak bermakna saiz payu dara boleh membantutkan hasrat anda untuk menyusukan anak anda. 

Apabila anda memilih untuk menyusukan anak anda sepenuhnya, anda harus mengawal dan berwaspada dengan apa yang anda makan.
§     FAKTA : Semua orang disarankan untuk menjaga kesihatan bukan hanya melibatkan ibu-ibu yang menyusu secara ekslusif. Makan secara sederhana dan mengikut keperluan badan. Bagi ibu yang menyusu yang gemarkan minuman berkafeina (kopi), ibu boleh minum kopi sebaik sahaja selepas menyusu. Rasionalnya ialah kafein dalam kopi telah selesai dicernakan, dicairkan dan dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu dua jam kemudian. Oleh itu kepekatan kafein dalam darah sudah menurun. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan bagi ibu yang perlu mengambil ubat-ubatan tertentu.

Susu ibu terlalu cair (banyak air).
§       FAKTA : Jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi tiga lapisan iaitu warna keruh di lapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas. Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80 peratus kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk penyebab kenyang bayi. Naluri semula jadi manusia minum sebab dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air dari laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat (kandungan lemak tinggi) yang akan menyebabkan kenyang.

Puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan bayi.
§       FAKTA : Puting payu dara bersifat antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit (satu jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang telah dicuci kerana aroma semulajadi ibu lebih menarik bayi. Bintik-bintik kecil disekeliling payu dara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria. Mencuci payu dara memadai dengan mandi biasa dua kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci.

Penyusuan ibu mengambil nutrien daripada ibu. Ibu perlu makan lebih.
§        FAKTA : Nutrien dalam susu ibu bergantung kepada nutrisi ibu. Oleh itu ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja sebenarnya) perlu mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya. Ibu boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang betul dan sentiasa awas jika terdapat tanda-tanda alahan kepada bayi, maka ibu harus waspada dengan pengambilan makanannya. Risiko osteoperosis di kalangan ibu-ibu menyusu lebih rendah berbanding wanita yang tidak menyusu.

Menyusu boleh mengubah saiz badan ibu.
FAKTA : Ibu yang menyusukan bayi lebih mudah menurunkan berat badan, selain itu uterus juga lebih cepat mengecut berbanding ibu-ibu yang memilih untuk tidak menyusukan bayi secara eksklusif.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TIPS KENALI PETUNJUK BAYI ANDA INGIN MENYUSU


Ramai ibu baru keliru dengan beberapa petunjuk yang diberikan bayi. Apakah itu tanda bayi mahu menyusu, menukar lampin atau sekadar mahu bermain? 
Selain daripada kekeliruan tentang petunjuk bayi ingin menyusu, terdapat petunjuk lain yang sukar dikenal pasti. Ketahuilah, penyusuan susu ibu secara eksklusif memerlukan pemerhatian. Bukan sahaja daripada pihak anda malah suami, ahli keluarga dan penjaga bayi. Langkah ini penting agar membantu anda mengenal dengan lebih baik tanda-tanda komunikasi bayi dan orang di sekelilingnya.
Infant cues adalah cara bayi menyampaikan apa yang diingininya. Komunikasi ini mungkin bermula secara tanpa lisan (non-verbal) tetapi akan berpanjangan sehingga bayi menangis apabila tidak dipedulikan. Ini bermakna bayi memberi petunjuk yang dia sudah bersedia menyusu. Ia juga merupakan cara bayi memberitahu, “Saya mahukan susu” (feeding cues) atau “Saya mahu berehat sebentar” (approach cues) mahupun “Saya mahu bermain dengan mama” (withdrawal cues). Bagi mengetahui dengan lebih lanjut perbezaan petunjuk yang lazim diberikan bayi, ikuti ulasan berikut:
Bayi bersedia menyusu (feeding cues)
Lazimnya petunjuk yang biasa ditunjukkan bayi apabila dia bersedia mahu menyusu dapat anda perhatikan menerusi pergerakan kelopak matanya (sesudah bangun tidur). Dia juga mungkin mengerdipkan mata diikuti dengan berpusing sambil menggerakkan kaki, tangan dan kepala. Jika anda tidak mengendahkan petunjuk ini, bayi akan meneruskannya dengan menjilat bibir, memasukkan jari ke dalam mulut dan menghisap apa sahaja yang berhampiran dengannya.
Bayi akan menjadi lebih aktif memberi petunjuk apabila dia mula mencari-cari sesuatu, mengangakan mulut dan menggerakkan badan serta kepalanya seperti dalam keadaan posisi menyusu. Bayi juga akan mula “berbunyi” untuk memberitahu, “Mama, saya mahu menyusu!”.
Tanda akhir yang bayi akan beri apabila permintaannya tidak dipenuhi adalah dengan perubahan ekspresi muka, bernafas dengan lebih cepat dan seterusnya menangis! Tangisan merupakan tanda akhir yang akan diberikan oleh bayi apabila dia bersedia untuk menyusu namun tidak dipedulikan.
Apa yang perlu dilakukan?
Apabila anda sudah mahir dalam mengenal pasti petunjuk yang dinyatakan, susukan bayi sebelum dia menangis. Hal ini kerana agak sukar memujuk bayi yang sedang menangis untuk menyusu. Malah, kebanyakan bayi akan menjadi lebih cerewet. Tambahan pula, agak mustahil untuk bayi melekap dengan baik ketika dia menangis. Selain daripada itu, biar pun bayi berjaya disusukan, proses penyusuan akan menjadi lebih singkat kerana dia keletihan kerana menangis dan tertidur. Keadaan ini akan menyebabkan bayi tidak menyusu dengan baik dan tidak mendapat susu yang mencukupi.
Sewaktu bayi menangis, anda perlu menenangkannya terlebih dahulu dengan menggoyangkan tangan sambil mendukung bayi agar dia lebih tenang. Langkah ini penting kerana ia turut membolehkan sistem saraf bayi dilaraskan. Selepas itu, barulah anda boleh mencuba menyusukan bayi semula.
Sementara itu, elakkan bayi dibedung terlalu ketat kerana ini akan menyebabkan bayi “terlepas” daripada memberi petunjuk bahawa dia bersedia untuk menyusu akibat terlalu selesa atau tidur lena. Sebaik-baiknya bedung bayi dengan selimut nipis secara longgar. Elakkan juga menukar lampin sewaktu bayi menangis kerana ini akan memanjangkan lagi kekecewaannya yang kelaparan.
Perlu diingatkan bahawa bayi yang sedang menyusu terus dari ibunya akan memberi petunjuk bahawa dia ingin berehat sebentar (pause) daripada menyusu. Penting untuk anda ketahui agar tidak beranggapan bahawa bayi sudah mendapat susu yang cukup dan mahu berhenti. Adalah normal bagi bayi untuk menyusu 10 – 15 kali dan berhenti seketika selama 2 – 5 saat sebelum menyusu semula.
Tanda awal bayi mahu menyusu
Tanda akhir bayi
mahu menyusu

Bayi mahu berehat sebentar (withdrawal cues)
Ini merupakan petunjuk bahawa bayi mahu berehat sebentar daripada apa yang sedang dilakukan. Dia mungkin mahu berhenti sekejap daripada menyusu, bermain dan lain-lain. Kebiasaannya, bayi akan melihat keadaan sekeliling terutamanya apabila ada bunyi yang mengganggu pendengaran. Kemudian, dia akan menolak badannya ke belakang, menendang diikuti dengan menguap, mengerutkan dahi, memuntahkan susu, batuk, tersedak, menangis atau meragam. Ada ketikanya dia akan tertidur sendiri.
Apa yang perlu dilakukan?
Berikan masa pada bayi untuk berehat sebentar. Pujuk bayi untuk menyusu semula apabila dia kelihatan bersedia. Ketika ini, anda boleh mengambil kesempatan dengan bergurau dan mengajak bayi berkomunikasi. Senyum dan cium pipinya dan katakan yang dia masih belum habis menyusu. Jika bayi menangis seakan-akan enggan menyusu, ia bukan petanda dia tidak berminat untuk menyusu atau susu ibu kurang. Anda harus bertenang dan pelajari dan teliti petunjuk yang bayi berikan.
Bayi mahu bermain (approach cues)
Bayi selalunya akan menoleh ke arah anda sambil tersenyum serta mengeluarkan bunyi untuk berkomunikasi. Dia juga akan mencari-cari arah suara anda dan bertindak balas dengan orang di sekelilingnya. Jika diperhatikan, anda akan melihat wajah dan matanya ceria. Sekiranya petunjuk ini tidak dipedulikan, bayi akan menangis kerana dibiarkan keseorangan.

Apa yang perlu dilakukan?

Letakkan alat mainan berwarna-warni untuk menarik perhatian bayi supaya dia tidak bosan. Luangkan masa untuk berkomunikasi dengan bayi kerana waktu ini bukan susu yang dikehendakinya tetapi perhatian dan masa untuk diluangkan bersama-sama. Ingat, bayi yang baru lahir tidak memerlukan susu semata-mata. Mereka turut memerlukan perhatian, rangsangan dan sentuhan dalam hari-hari awal selepas dilahirkan. Menangis adalah salah satu komunikasi bagi bayi menyampaikan mesejnya. Anda jangan khuatir dan panik jika bayi menangis. Berfikirlah secara positif bahawa tangisan adalah sihat berbanding risaukan bayi tidak cukup susu. Bertenang adalah kunci utama kerana melaluinya anda tahu apa yang terjadi dan boleh bertindak dengan bijak.
Sumber: Nur Farah Farhan (2010). Kenali petunjuk bayi ingin menyusuMajalah Pa&Ma. Julai 2010

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

APAKAH CARA TERBAIK UNTUK MENYIMPAN SUSU BADAN?BERAPA LAMAKAH IA AKAN KEKAL SEGAR?

Dijawab oleh Pasukan BabyCenter 

Untuk menyimpan susu badan, pilih bekas yang disterilkan dan bertutup dengan rapat. Beg sejuk khas untuk pembekuan susu badan boleh dibeli untuk menyimpan susu anda tetapi selalunya ia mudah bocor, koyak dan berlubang, dan mungkin tidak bertutup rapat. Walau bagaimanapun, Perunding Laktasi dan Pengerusi Pesatuan Ibu-ibu Menyusu UK, berkata: "Pilih beg sejuk beku yang tebal atau bahagian luarnya diperbuat daripada nilon dan semuanya akan OK. Satu lagi cara ialah menggunakan dua lapis beg." Namun begitu, gelas atau plastik keras adalah pilihan yang lebih baik untuk menyimpan susu bagi tempoh yang lama. 

Anda mungkin telah menjumpai banyak garis panduan yang berlainan mengenai tempoh dan tempat anda boleh menyimpan susu badan (EBM - expressed breastmilk). Persatuan Simpanan Susu UK menjelaskan bahawa ini ialah disebabkan kumpulan kajian yang berlainan telah memfokuskan ke atas aspek simpanan susu yang tertentu yang mana telah dibentangkan berkaitan kajian tertentu, dan bukanlah bermakna garis panduan itu adalah salah. Beberapa garis panduan disasarkan kepada susu yang disimpan dalam keadaan steril dalam tabung susu; ada yang lain hanyalah relevan jika anda mempunyai bayi pramatang. Secara am, garis panduan yang berikut berasaskan kajian yang diperolehi dari UK’s Association of Breastfeeding Mothers (ABM) dan sesuai bagi ibu yang menyimpan susu di rumah untuk bayi yang sihat dan cukup terma. 

Anda boleh menyimpan susu: 

• Pada suhu bilik – tidak melebihi daripada 77 darjah F/25 darjah C – selama empat jam.

• Dalam peti ais bersuhu 39 darjah F/4 darjah C atau lebih rendah selama tiga hingga lima hari. Walau bagaimanapun, disebabkan kegunaan peti ais di Malaysia adalah lebih berat oleh kerana peti ais banyak digunakan untuk menyimpan item segar, maka, satu nasihat am ialah supaya menyimpan susu badan yang dipam tidak melebihi 24 jam.

• Dalam peti sejuk beku bersuhu -20°C, yang tidak mempunyai kitar nyahbeku, selama enam hingga 12 bulan. Malah, di Malaysia, pakar-pakar selalunya menyarankan supaya menyimpan susu dalam peti sejuk beku hanya selama tiga hingga enam bulan jika suhu peti sejuk beku anda disetkan tidak melebihi negatif 18 darjah Centigrade. Simpanlah susu di bahagian belakang peti sejuk beku, jauh dari pintu sebab item yang disimpan di hadapan lebih mudah terjejas dengan perubahan suhu semasa anda membuka peti sejuk beku. 

Sebagai tambahan kepada garis panduan dari ABM, elok juga bagi anda mengetahui perkara yang berikut: 

• Anda boleh mencampurkan susu yang baru dipam dengan susu beku jika ia didinginkan dahulu sekurang-kurangnya sejam, dan jumlahnya adalah kurang daripada jumlah susu yang telah beku. Susu segar mengekalkan lebih banyak ciri-ciri perlindungannya berbanding dengan susu beku, jadi sejauh mana yang boleh, gunakan susu yang disejukkan (refrigerated) dan bukan susu beku (frozen) untuk menyusukan bayi anda. Tetapi ingatlah bahawa susu badan yang dibekukan masih mempunyai lebih khasiat kesihatan daripada susu formula.

• Jika anda akan membekukan susu badan, lakukannya dalam masa 24 jam.

• Susu yang dialihkan dari peti sejuk beku ke peti ais boleh disimpan sehingga 24 jam. 

Ingatlah, apabila anda mengepam susu, cuci tangan anda dan pastikan pam buah dada dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu tersebut. 


Sumber : Babycenter

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TEKNIK PENYUSUAN SUSU IBU YANG BETUL


Untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu, bayi perlu diletakkan dengan betul ke payu dara ibu. Biasanya, posisi dan cara meletakkan bayi ke payu dara datang secara semulajadi tetapi terdapat ibu dan bayi yang memerlukan masa dan latihan. Untuk melakukan dengan betul berikut adalah langkah - langkah yang boleh membantu:

  • Posisi
  • Pelekapan
  • Tanda-tanda pelekapan yang salah
  • Penilaian samada bayi menyusu dengan baik
Posisi
  • Pegang bayi rapat ke arah badan dan payu dara ibu.
  • Pastikan kepala dan badan bayi lurus.
  • Ampu bahagian belakang dan punggung bayi dengan kemas.
  • Anda boleh memegangnya dengan berbagai cara asalkan anda merasa selesa.
  • Gambar 1:Duduk dan letakkan satu atau dua bantal untuk mengampu bayi anda.
  • Gambar 2:Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati - hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas)
Pelekapan
  • Gambar 2:Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati - hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas)
  • Rapatkan bayi ke payu dara (bukan payu dara ke bayi). Rapatkan seluruh badan bayi ke dada bukan hanya bahagian kepala. Pastikan seluruh bahagian tampok hitam (areola) masuk ke dalam mulut bayi.
  • Anda boleh membantu bayi melekap dengan memegang payu dara dengan tangan. Pastikan ibu jari jauh dari areola dan tidak menekan payu dara.
Tanda-tanda pelekapan yang salah
Jika penyusuan berjalan lancar, puting ibu tidak mudah cedera kerana puting berada jauh ke dalam mulut bayi. Kebanyakan masalah yang dialami ibu adalah kerana posisi dan cara pelekapan yang tidak betul. Berikut adalah tanda - tanda pelekapan yang tidak betul dan boleh mengakibatkan masalah semasa penyusuan:
  • Puting kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan.
  • Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan.
  • Payu dara mungkin bengkak.
  • Susu tidak dikeluarkan dengan berkesan.
  • Gambar menunjukkan bayi yang tidak melekap dengan betul. Ini boleh mengakibatkan masalah seperti kebengkakkan payu dara dan puting melecet.
Penilaian samada bayi menyusu dengan betul
Gambar ini menunjukkan bayi menyusu dengan cara yang betul
  • Mulut bayi terbuka luas.
  • Dagu bayi menyentuh payu dara.
  • Bibir bawah bayi bergulung keluar.
  • Hidung bayi terletak pada payu dara dan bayi boleh bernafas.
  • Bayi menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam.
  • Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu.
  • Gambar menujukkan apa yang berlaku di dalam mulut bayi ketika penyusuan jika bayi melekap dengan betul.
  •         
          Petunjuk:
    • Puting
    • Areola dan tisu payu dara dengan duktus susu dibahagian bawah areola.
    • Lidah bayi
    • Payu dara
    • Tekak bayi
        Berita Di Sunting Dari Sumber : My Health
        Sumber

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS