Dalam riwayat
Thabarani dan 'Ibnu dimaklumkan jika seorang wanita melahirkan, lalu ia
mengeluarkan susu dari payudaranya dan dihisap oleh bayinya, setiap hisapan dan
tegukan dia akan mendapat satu pahala. Jika ia berjaga sepanjang malam (kerana
melayan bayinya), dia mendapat pahala seperti pahala orang yang memerdekakan 70
orang budak di jalan Allah.
Kelahiran seorang bayi
mencatat pelbagai memori buat wanita yang pertama kali bergelar ibu. Secara
lahiriah seorang bayi tanpa perlu diajar bagaimana mahu menyusu (rooting
reflex), secara automatik akan menghisap puting payudara ibunya. Sebaiknya bayi
terus dirangsang terus menyusu selepas satu jam dilahirkan. Proses ini penting
untuk merangsang proses penghasilan susu secara berterusan.
Pelbagai telahan
mengenai tekstur susu awal ini mengundang mitos dan tanda tanya. Sejauh mana
kebenaran mitos berkaitan susu ibu. Berikut adalah sedikit informasi ringkas
bagi meredakan keliru bagi anda yang bergelar ibu.
MITOS & FAKTA
TENTANG SUSU IBU
Susu berwarna
kekuning-kuningan yang sewaktu pertama kali bayi menyusu adalah susu basi!
§ FAKTA : Lazimnya di awal proses penyusuan
terdapat cecair berwrna kekuningan (kolostrum) bertindak sebagai antibodi
pertama bayi. Kolostrum hanya hadir pada tiga atau empat hari yang pertama
hayat seorang bayi dan hanya sekali itu sahaja dalam tempoh enam bulan atau
tempoh dua tahun tempoh penyusuannya. Ia tidak akan berulang!. Kolostrum adalah
makan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrum
susu ibu. Kolostrum yang dijual di pasaran adalah ekstrak kolostrum susu lembu
tetapi tidak sesuai untuk bayi.
Payu dara ibu menyusu
akan lebih cepat mengendur.
§ FAKTA : Secara alami saiz payu dara akan
berisi sepanjang sembilan bulan kehamilan. Proses pembesaran itu berlaku ekoran
kerana proses mamogenesis - pembentukan kelenjar mamari untuk persediaan
menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak. Jika ibu tidak menyusukan bayinya
selepas bayi lahir; saiz payu dara ibu akan menurun cepat dan drastik manakala
saiz payudara ibu yang menyusukan bayinya akan menurun secara perlahan-lahan.
Bayi akan sentiasa
melekap pada ibu.
§ FAKTA : Ibu adalah manusia pertama bayi kenal.
Manakan tidak sembilan bulan bayi menumpang teduh di dalam rahim ibunya,
setelah menjenguk dunia bayi secara eksklusif menyusu dari payudara ibunya
lebih dari 10 kali sehari. Impak dari hubungan intim itu mungkin memberi kesan
kepada keakraban hubungan di antara ibu dan anak. Usah bimbang kerana tempoh
melekap dengan ibu sebenarnya sangatlah singkat, mungkin sekitar enam
bulan sahaja, dua tahun atau mungkin lebih sehingga tida tahun atau lima tahun.
Ketahuilah wahai ibu-ibu sekalian, bayi yang menyusu ibu akan membesar menjadi
individu yang lebih berdikari, berasa selamat dan dilindungi, lebih
berkeyakinan dan kurang menangis. Ini kerana sewaktu proses menyusu bayi
berpeluang berinteraksi lebih rapat dan dakapan ibu membuatkan si manja rasa
disayangi selalu.
Susu ibu tidak sesedap
susu formula.
§ FAKTA : Hakikat sebenar susu formula telah ditambah
pelbagai rencah untuk menyedapkannya. Sekalipun apa jua kenyataan yang mereka
uar-uarkan mengenai kehebatan setiap produk susu mereka, belum ada mana-mana
susu formula boleh menandingi khasiat yang sedia terkandung dalam susu ibu.
Gula dalam susu ibu adalah gula ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap
oleh usus bayi berbanding gula kompleks yang terkandung di dalam susu formula.
Oleh itu bayi mendapat nutrien lebih mudah daripada susu ibu.
Payu dara kecil : susu
kurang.
§ FAKTA : Semua ibu secara semula jadi boleh
menghasilkan susu yang mencukupi. Saiz payu dara KECIL atau BESAR bukan ukuran
susu yang dihasilkan banyak atau kurang. Kelenjar mamari adalah kelenjar yang
khusus menghasilkan susu yang terdapat pada wanita, jadi tidak bermakna saiz payu
dara boleh membantutkan hasrat anda untuk menyusukan anak anda.
Apabila anda memilih
untuk menyusukan anak anda sepenuhnya, anda harus mengawal dan berwaspada
dengan apa yang anda makan.
§ FAKTA :
Semua orang disarankan untuk menjaga kesihatan bukan hanya melibatkan ibu-ibu
yang menyusu secara ekslusif. Makan secara sederhana dan mengikut keperluan
badan. Bagi ibu yang menyusu yang gemarkan minuman berkafeina (kopi), ibu boleh
minum kopi sebaik sahaja selepas menyusu. Rasionalnya ialah kafein dalam kopi
telah selesai dicernakan, dicairkan dan dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan
seterusnya iaitu dua jam kemudian. Oleh itu kepekatan kafein dalam darah sudah
menurun. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan bagi ibu yang perlu mengambil
ubat-ubatan tertentu.
Susu ibu terlalu cair
(banyak air).
§ FAKTA : Jika susu ibu yang diperah ke dalam
botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu
menjadi tiga lapisan iaitu warna keruh di lapisan paling bawah diikuti susu
kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas.
Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas
manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80
peratus kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk)
untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk penyebab kenyang
bayi. Naluri semula jadi manusia minum sebab dahaga, maka itulah yang diberi
oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang
mengandungi lebih air dari laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat
(kandungan lemak tinggi) yang akan menyebabkan kenyang.
Puting susu ibu perlu
dicuci sebelum menyusukan bayi.
§ FAKTA : Puting payu dara bersifat
antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan
pertama kulit ke kulit (satu jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan
kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding
puting susu ibu yang telah dicuci kerana aroma semulajadi ibu lebih menarik
bayi. Bintik-bintik kecil disekeliling payu dara mengandungi bahan pelincir
(sebum) yang bersifat antibakteria. Mencuci payu dara memadai dengan mandi
biasa dua kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci.
Penyusuan ibu
mengambil nutrien daripada ibu. Ibu perlu makan lebih.
§ FAKTA : Nutrien dalam susu ibu bergantung
kepada nutrisi ibu. Oleh itu ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja sebenarnya)
perlu mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya. Ibu boleh
makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang betul dan sentiasa awas jika
terdapat tanda-tanda alahan kepada bayi, maka ibu harus waspada dengan
pengambilan makanannya. Risiko osteoperosis di kalangan ibu-ibu menyusu lebih
rendah berbanding wanita yang tidak menyusu.
Menyusu boleh mengubah
saiz badan ibu.
FAKTA : Ibu yang menyusukan bayi lebih mudah
menurunkan berat badan, selain itu uterus juga lebih cepat mengecut berbanding
ibu-ibu yang memilih untuk tidak menyusukan bayi secara eksklusif.
0 comments:
Post a Comment