Assalamua'laikum wbt,
Hari ini saya mahu share pasal Clog Duct atau masalah Duktus Susu Tersumbat.
Tahukah anda apakah itu Duktus Susu Tersumbat atau Clog Duct??
Hari ini saya mahu share pasal Clog Duct atau masalah Duktus Susu Tersumbat.
Tahukah anda apakah itu Duktus Susu Tersumbat atau Clog Duct??
Duktus Susu Tersumbat atau Clog Duct ialah masalah payudara menjadi keras, keras seperti ketulan
batu, terasa sakit terutama apabila ditekan atau terlanggar objek keras dan
kadangkala membuatkan si ibu tidak boleh mengangkat tangan. Ada ibu menyusu
sehingga menangis kesakitan dan demam2 akibat clog duct.
Seriously, saya
pernah mengalaminya semasa dalam pantang awal2 baru deliver Umar. Disebabkan
kurang ilmu pasal penyusuan saya sampai demam2 akibat masalah Clog Duct. Tapi
itu dulu, sekarang tiada lagi sejak beranak kedua ni. Sebab daku akan pumping ketika di sekolah atau jika time2 ammar refuse tak mau df. Tp kalau kena pun Lecithin
kan ada.hehe..
Ok berbalik pada topik. Adakah anda pernah
mengalami duktus susu tersumbat atau dipanggil Clogged Duct atau Plugged Duct?
Kebiasaanya ia terjadi apabila susu tidak diperah/bayi tidak menyusu dengan
konsisten sehingga susu menjadi terlalu banyak tanpa digunakan (supply banyak
melebihi demand) dan inilah yang menyebabkan Clogged Duct atau susu tersumbat.
Bahaya kepada kesihatan si ibu kerana ibu akan mengerang kesakitan dan boleh
membawa kepada masalah bengkak susu yang melampau. Ada kes ibu menyusu terpaksa
menjalani pembedahan pada payudaranya kerana ketulan susu terlalu banyak dan
tidak dapat dicairkan dengan menggunakan ubat klinik.
Oleh itu, langkah-langkah
pencegahan amat penting untuk mengelakkan masalah duktus susu tersumbat
terjadi;
1. Kosongkan payudara secara
konsisten.
Caranya:
- Susukan bayi sekerap yang mungkin agar payudara tidak alami bengkak susu. Sebaik2nya selang sejam jika anda dalam pantang, lagi kerap lagi bagus. Jika bayi asyik tidur, kejutkan bayi.
- Pam susu selang 2-3 jam sekali jika anda di tempat kerja.
2 2. Cuba elakkan stress
3. Kurangkan pengambilan makanan berlemak.
Terdapat dua jenis duktus
tersumbat. Sekiranya anda mengalami bengkak susu iaitu benjolan di buah dada,
disertai tanda merah keradangan yang bertompok pada kulit berdekatan dengan
benjol tadi, itu dipanggil duktus susu tersumbat. Sebenarnya ia bukan
tersumbat tetapi tisu di bahagian duktus susu itu mengalami keradangan dan
menekan duktus itu. Ia adalah mastitis di peringkat awal. Namun begitu, duktus
yang betul-betul tersumbat jarang sekali berlaku. Biasanya ia
terjadi beberapa minggu/sebulan selepas ibu mula menyusukan bayi dan
bonjolan itu terasa amat sakit dan ada juga terdapat tompokan merah tanda
keradangan.
Apakah yang menyebabkan
duktus tersumbat?
- ·Ibu tidak menyusu/memerah susu secara konsisten
- ·Bayi tak mahu direct feed dan si ibu tidak mengepam
- ·Stress berlebihan
- ·Pakaian dalam (bra) yang tidak sesuai
- ·Pelekapan yang tidak betul ketika menyusu
- ·Pemakanan yang tinggi lemak
Cara untuk membantu
melegakan duktus tersumbat/bengkak susu
- Terus menyusukan bayi, menyusulah sekerap yang mungkin, elakkan masa yang panjang di antara penyusuan
- Pelbagaikan posisi penyusuan untuk mendapatkan posisi keselesaan kepada bayi dan pelekapan yang baik buat bayi ketika menyusu
- Menggunakan pump susu (mengepam susu)
- Mengurut buah dada sebelum/selepas penyusuan. Tips: boleh urut menggunakan sikat
- Meletakkan kain yang hangat/sejuk di atas buah dada, mandi air panas dan membuat urutan lembut juga dapat membantu
- Meletakkan sayur kobis yang dikopakkan seperti bentuk buah dada, ditekapkan di atas buah dada.
·
Jika ia masih berlarutan
melebihi 24 jam, sila berjumpa doktor dengan segera kerana dikhuatiri mengalami
mastitis dan mungkin terjadi jangkitan kuman.
Selain itu Lecithin
disyorkan untuk mengelakkan masalah duktus susu tersumbat berulang
lagi. Dos yang disyorkan adalah dalam 3600-4800mg lecithin setiap hari. Apa itu
lecithin? Lecithin adalah tambahan makanan yang boleh didapati secara semulajadi di dalam makanan seperti kuning telur dan
kacang soya. Ia adalah pengemulsi (memecahkan) lemak.
Shaklee juga mengeluarkan Produk Lecithin
iaitu Soy Lecithin. Ia berbentuk softgel dan mudah ditelan. Soy
lecithin merupakan sumber utama kolina. Kolina merupakan satu komponen
asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan
sistem saraf. Soya lecithin merupakan
sumber utama kolina.
Lecithin Shaklee
diperolehi secara semulajadi daripada
kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin.
Lecithin juga
membantu ibu-ibu menyusu untuk mengurangkan berat badan dengan memecahkan
lemak-lemak dalam badan.,Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan
pengawet tambahan.
Untuk sebarang persoalan / pesanan
Boleh hubungi saya;
Fb: Atfina Abdullah
sms/wa : 0126979844
FB Page : Gedung Supplemen Anda
0 comments:
Post a Comment