Assalamua’laikum wbt..
Terima kasih kpd reader sekalian yang sudi bertandang
membaca entry kali ini..
Kali ini memang bersemangat nak lebih kan sharing dalam blog
especially pasal ilmu bf…
Kerana saya kini sudah kembali bf…setelah hamper 2 tahun meninggalkannya..
Alhamdulillah…setelah Allah izinkan saya melengkap penyusuan
susu ibu sepenuhnya Umar Mujahid kini kesinambungan itu berlangsung untuk adik
Umar pula iaitu Ammar Mujahid.
Dan kat sini nak share kisah2 fully bf Umar dulu…saja2 nak
buat come back dan semestinya kisah perjalanan penyusuan yang baru bermula
untuk Ammar Mujahid si comel tersayang…
Semoga sharing ini bermanfaat untuk ibu2 baru dan lama yang
mahu/ berniat untuk menyusukan sepenuhnya susu ibu.
Adalah suatu keseronokan bagi saya berkongsi ilmu penyusuan
buat rakan2, kenalan dan sesiapa sahaja diluar sana yang berniat mahu
memberikan hanya susu ibu sahaja buat si manja tersayang
Nak FULLY BF APA YANG PERLU SAYA BUAT??
Ok maksud Fully BF disini ialah menyusukan sepenuhnya susu
ibu sahaja sehingga 2 tahun lamanya. Manakala ekslusif BF pula adalah
menyusukan sepenuhnya anak susu ibu sahaja tanpa sebarang makanan dan minuman
lain (termasuk air kosong) selama 6 bulan lamanya seperti saranan klinik2
kesihatan kerajaan.
1. Niat untuk Fully BF your
baby
Niat yang murni ini seharusnya bermula
sejak baby dari dalam kandungan lagi. Saya juga memang sedari diri sudah hamil
memang niat dalam hati sungguh2 mahu menyusukan anak sepenuhnya dengan susu
ibu. Saya memang tidak mahu bergantung kepada susu formula. Dan Alhamdulillah
sewaktu check up mama n baby selepas kelahiran saya mendapat bimbingan yang
sempurna berkenaan penyusuan susu ibu
dari staff nurse di klinik kesihatan. Staff Nurse itu yang mengajar cara2 teknik
marmet (perah guna tangan) dan bersungguh2 meminta saya fully bf my baby. Sejak
itu saya mula mengorak langkah, mencari info dan mula pumping mengumpul susu
ibu. Teringat lagi kala itu sangat jeles dan pelik tengok sharing dari ibu2 bf
deretan susu ibu dalam freezer mereka. Dalam hati tertanya2 macam mana susu
mereka boleh banyak macam tu. Sejak itu saya mula mengepam dan tak sampai 2
minggu saya Berjaya memenuhkan freezer rumah dengan susu ibu yang dipam. Memang
amazing sangat rasa masa tu! Rupanya aku boleh…memang benar, jika kita positif,
berusaha dan bersungguh2 untuk mencapai target pasti Allah akan bantu.
Sehingga selepas itu kami terpaksa mencari
deep freezer khas untuk menempatkan EBM sahaja kerana freezer sudah penuh tiada
ruang untuk menempatkan lauk2 basah spt ikan, ayam dsbgnya.huhu. oh ya bagi
ibu2 baru EBM adalah singkatan untuk Expressed Breast Milk (susu perahan) ye.
2. Dapatkan ilmu / maklumat
secukupnya mengenai penyusuan susu ibu
Dinasihatkan para ibu2 baru mendapatkan
ilmu2 bf dari pelbagai sumber. Seperti saya dahulu, agak lewat saya menimba
ilmu penyusuan tetapi tidakla selewat mana. Saya sangat suka google ilmu pasal
bf dan membaca entry2 blog mengenai bf. Dari sini juga saya berkenalan dengan
upline Shaklee saya kerana sering berkunjung ke blog nya untuk mendapatkan ilmu
breastfeeding. Saya juga aktif menyertai forum2 susu ibu (tetapi sebagai silent
reader sahaja), berkunjung ke blog Dunia Susu Ibu, susuibu.com dan kedai
bf/baby saya suka terjah adalah
Enjoybreastfeed.
3. Menyediakan segala
peralatan/ gadget penyusuan yang bersesuaian.
APAKAH GADGET PENYUSUAN??
Ok gadget penyusuan di sini merujuk kepada
peralatan untuk mengepam susu ibu.
Pertama sekali nak membeli breastpump/ pam
susu lebih baik google dahulu review2 dari tenet atau bertanya orang lebih
pakar breastpump yang sesuai untuk diri kita.
TIPS PEMILIHAN BREASTPUMP
Faktor badjet.
Belilah BP yang bersesuaian dengan badget
anda. Dapatkan info dari mana2 sumber terlebih dahulu dan sesuaikan dengan
badjet anda. Ini kerana factor harga bukan penentu kejayaan penyusuan. Tetapi,
sebaik2nya belilah yg berharga rm300 lebih ke atas dengan fungsi double pump. Banyak
di pasaran kini. Yang penting adalah usaha dan kemahuan si ibu menyusukan anak
mereka sehingga 2 tahun.Hati mesti mahu cekal dan degil kalau tak ke laut
jadinya cita2 tersebut. JIka pam mahal
sekalipun namun usaha tak seberapa, sering skip pumping, tak jaga demand dan
supply efeknya susu ibu makin merudum kerana kurang rangsangan. Lama kelamaan
timbul lah alasan susu ibu tak cukup, baby lapar susu terpaksa beri formula. Sedangkan
si ibu sendiri tidak menitikberatkan konsep demand dan supply. Sudah ramai Berjaya
membuktikan hanya dengan pam berharga 300 lebih pun Berjaya susukan anak 2
tahun. Malah ada yg ekslusif pumping (tanpa direct feed) Berjaya susukan anak
mereka sehingga lengkap 2 tahun.
Kedua, Sebaik2nya belilah bp yang double
pump. Ada banyak bp di pasaran. Ada yang manual, elektrik dan bateri. Jika anda
adalah ibu bekerjaya, adalah lebih baik membeli pam letrik, berbatri dan lebih
bagus andai mempunyai rechargeable battery. Ini bagi mengelakkan kita
menggunakan elektrik di tempat kerja untuk menjaga keberkatan bekerja. Namun
pam double letrik/ reacharable battery
adalah lebih bagus bukan sahaja lebih menjimatkan masa malah bagus untuk
rangsangan kedua2 breast. Saya dahulu 2 tahun menggunakan Double Pump
Bateri/Letrik. Memang sangat2 menjimatkan masa!
Pengalaman saya ke hulu ke hilir membawa bp andai
tiada power source letrik, kita boleh menggunakan bateri. Cumanya adalah lebih baik
bateri yang boleh cas kerana bateri AA biasa cepat kehabisan power. Dan adalah
lebih bagus andai bp itu mempunyai ketiga2 function manual, bateri, elektrik.
Ketiga, belilah bp yang selesa
digunakan. Suction yang selesa dan tidak
menyakitkan. Sparepart yang lebih friendly user (usah beli bp yang terlalu
banyak spareparts, nanti leceh nak pasang dan basuh). Usahlah kedekut untuk
membeli bp yang lebih selesa dan friendly user. Ini untuk memudahkan anda,
menjimatkan masa dan melancarkan proses penyusuan susu ibu.
Keempat, belilah BP yang susu tidak akan
masuk ke tube yang akhirnya akan menjejaskan motor pam. Ini kerana terdapat bp di pasaran yang mudah
susu masuk ke tiub. Lama kelamaan ia akan merosakkan motor pam. Akibatnya pam
tidak dapat berfungsi dengan baik dan terpaksa diservis. Efeknya, anda tiada
lagi pam sewaktu proses servis, terpaksa menanggung bengkak susu atau terpaksa
menggunakan teknik marmet sahaja yang memerlukan lebih masa untuk memerah susu.
Sekarang ada banyak bp yang lebih mesra pengguna. Lebih baik google dahulu atau
bertanyakan pengalaman orang2 yang lebih pakar atau lebih berpengalaman.
Last but not least, sebaik2nya beli BP yang
mempunyai warrenti supplier Malaysia. Ini kerana jika berlaku sebarang masalah
dalam tempoh warenti tiada bayaran dikenakan. Namun, jika anda membeli BP
dengan warenti luar maka sebarang permasalahan ditanggung sepenuhnya oleh anda
sebagai buyer. BP seperti Medela adalah antara brand yang paling byk dijual
secara online dengan warenti dari US atau UK. Harga jauh lebih murah namun
kelemahannya sebarang servis dari Lactaequip Malaysia akan dikenakan bayaran.
Namun terdapat juga BP warenti dari Negara luar namun supplier Malaysia yang
mempunyai kepakaran dan menawarkan perkhidmatan servis percuma sekiranya masih
dalam warenti. Cuma anda sahaja harus bijak memilih!
Review Breastpump yang Pernah Saya Miliki;
1.
Pureen (Battery)- Bp yang
murah seratus lebih ringgit sahaja. Ni papa Umar dan Ammar yang beli masa mula2
deliver Umar. Single pumping. Battery operation. Namun suction menyakitkan,
bateri cepat habis last2 kasi bungkus tak mau pakai lagi. Sangat2 not
recommended untuk ibu2 bf sekalian. Adalah suatu pembaziran membeli bp ini.
2.
Medela Swing
Ni saya beli rasa2nya semasa usia Umar 3 bulan. Harga saya beli online
rm650. Single pump. Electric and battery
operation. Suction selesa tak menyakitkan. Bunyi ala2 kodok. Tak berapa bising.
BP pertama yang mahal pernah saya beli dan selesa tambahan lagi Medela pada
masa itu menawarkan Soft Breastshield yang
begitu lembut dan selesa. Namun, lama kelamaan disebabkan tuntutan masa
(kerana saya seorang guru) saya berasakan perlukan double bp untuk menjimatkan
masa pumping. Tambahan pula pada waktu itu, saya baru mengetahui adalah lebih
baik dari segi stimulation, ibu2 bf menggunakan double pumping. Sekarang medela
dah upgrade swing mereka kepada double pump (medela swing maxi). Harga retail
dalam rm1100.
Kelemahan: Susu mudah masuk tiub sehingga merosakkan motor. Sewaktu
menggunakan swing, pernah terjadi insiden ini sehingga terpaksa dihantar servis
Lactaequip dan dikenakan bayaran agak mahal kerana walaupun masih dalam warenti
namun ia adalah warenti dari US. Atas insiden susu masuk tube menyukarkan saya
maka saya grab Ameda Double Electric Breastpump. Akhirnya saya let go Swing kepada
adik ipar yang baru bersalin.
3.
Ameda Lactaline Double
Electric Breastpump
Tertarik dengan review susu tak akan masuk tubing dan menjejaskan motor
beserta agen anti bakterianya maka saya beli BP ini. Tambahan lagi saya sering
membaca blog sifu Shaklee saya yang juga menggunakan Ameda sedikit sebanyak
agak terpengaruh dengan review yang menarik. Saya beli dari Enjoybreastfeed
harga dalam RM780 kalau tak silap. Double pumping dengan battery and electric
operation. Bagi saya Ameda memang berbaloi2. Suction yang mantap (kuat) cuma
bagi sesetengah orang mungkin tak berapa selesa dengan suctionnya. Tapi suction
boleh laras. Yang best Ameda ni tak banyak spareparts, so mudah untuk dibasuh.
Selain tu, susu ibu konfem takkan masuk ke tiub.so motor kekal dalam keadaan
baik. Tambahan lagi Ameda Lactaline adalah hospital grade bp so dia memang
sesuai utk heavy duty. Bunyi agak bising tp takdela sampai mengganggu. Ameda BP
saya berkhidmat dekat 2 tahun, kehulu ke hilir bersamanya ibarat best fren
saya. Jika ke kursus biasa saya menggunakan khidmat bateri AA. Sewaktu belajar
maktab pun Ameda gedabak ni gakla yang diangkut kehulu ke hilir bersama cooler
bag kesayangan. Cuma tak berapa user friendly kerana ia agak bulky, menggunakan
bateri yang banyak (6 bateri AA), bateri cepat habis, charger pun bulky dan tiada rechargeable battery. Tapi so far
saya berpuas hati dengan performance Ameda, sangat2 membantu bf journey saya
dan Umar sehingga 2 tahun. Really love this pump! Now suction dah slow but
still boleh guna Cuma kena ganti tube dan lain2 spareparts yang dah terkoyak,
bocor dan sbgnya.
my beloved ameda lactaline bp
4.
Medela Freestyle
Best dan mudah! Sangat praktikal! Ini antara perkataan yang boleh saya
gambarkan kpd FS saya yg dah hampir 4 bulan berkhidmat. Sebenarnya FS memang menjadi idaman kalbu
biarpun kebanjiran BP di pasaran skrg. Alhmdulillah masa Ammar Allah datangkan
rezeki lebih untuk grab terus pam ini. Rezeki terpijak apabila dpt beli online
dari seseorang yang membuat sale jualan tutup kedai. Dengan harga rm1500 dengan
warenti Malaysia bagi saya adalah sangat2 berbaloi. Biasanya harga sebegitu
adalah BP dari warenti oversea. Warenti msia paling murah pun rm1800 jualan
online. Operation: Electric dan Reachargeable battery. Motor yang kecik (besar
tapak tangan je), ringan, mobile (memang sgt2 mudah di bawa kemana2). Malah
saya pernah menyumbatnya ke dalam henbag sahaja. Sangat best masa pumping ada
motor LCD yang memaparkan masa pumping dan ada effect memory. So biasanya 15
minit dah selesai utk 1 sesi pumping saya di sekolah/ rumah. Didatangkan 1 set
siap dengan cooler bag with chiller, calma teat, multifunctions bag dan
brestmilk bottle. Bunyi tak bising mana, sama macam Swing ala2 kodok bunyinya.
Suction best! Lembut. Boleh laras. Cuma Medela tidak lagi menawarkan soft
breastshield seperti Swing saya dulu. Ada fungsi 2 minit untuk let down reflex.
Let down merujuk kepada susu yang sudah keluar. Fs ada fungsi suction laju masa
awal2 selama 2 minit. Sebelum tempoh 2 minit jika berlaku let down maka anda
boleh tekan button let down dan bp berfungsi spt biasa suctionnya. Let down
reflex ini sesuai merujuk kepada hisapan
bayi yang agak gelojoh tika lapar hisap kuat2 laju2 nak cepat susu keluar.
Kelemahan FS ini spareparts agak banyak so leceh sket nak basuh2. Ada part2
yang perlu dikeringkan terlebih dahulu untuk elakkan susu masuk ke tiub. So ambik
masa juga kdgkala sebelum mengepam. Apa2pun
saya sangat suka FS dengan fungsi mobile. Senang nak angkut gi memana pun. Di
rumah pun saya masih mengepam andai Ammar refuse tak mau susu. Dan setiap pagi juga
saya amalkan pumping. Apa2pun FS is the Best among the rest! Alah membeli
menang memakai.
my new fs. marvellous!
Didatangkan lengkap 1 set. untuk beg besar multi purpose tu saya buat diaper bag ammar untuk di bawa ke mana2;-)
APAKAH KEPERLUAN LAIN LAGI UNTUK MEMBANTU PENYUSUAN SUSU
IBU??
1.
Cooler bag
Belilah cooler bag yang agak tahan dari segi memerangkap kesejukan. Masa Umar saya menggunakan cooler bag Pigeon beli dari Jusco Melaka sekitar 2011. Harga RM200.
Siap dengan chiller. Dekat 2 tahun pakai sampai lunyai cooler bag tu. Memang alah
membeli menang memakai. Sekarang time Ammar saya menggunakan cooler beg
Autumnz. Yang saya suka ada 2 compartment. Bawah tempat EBM dan icepacks, atas
tempat letak BP. Tp muat2 BP yang comel lote shja spt FS, Rumble Tuff dan lain2
yang kecil2. Kadangkala saya tukar dengan tote cooler bag Medela beserta
chiller.
2.
Icepacks / Chiller
Dapatkan di pasaran icepacks yang tidak mudah bocor, kadar kesejukannya
tahan sehingga 8 jam lamanya. lagi lama lagi bagus. Ini kerana untuk memastikan
EBM yang disimpan kekal segar dalam cooler bag.
icepacks autumnz kaler putih tu dah bocor. not recommended. tak tahan lama, baru 2 bulan guna dah bocor. dah selamat masuk tong sampah. tq banyak atas khidmatmu. beli brand yang ni. autumnz dan fabulousmom punya icepacks. dua2 ni plastik lebih tebal dan sejuk tahan lebih lama. masuk cooler bag dari kul 7 pagi sampai kul 10 malam masih tak mencair pada suhu bilik.wallah!
3. Breastmilk storage
IBu2 boleh sediakan botol2 susu yang BPA Free untuk menyimpan stok perahan atau plastik susu. dulu2 masa Umar saya suka guna plastik susu You Have a baby yang boleh diikat dengan getah. bukan apa, harga lebih murah. hehe..Botol2 banyak guna jenis Autumnz. botol2 lebih tahan lama berbanding plastik susu pakai buang. sekarang breastmilk botol2 ni saya gunakan utk EBm adik ammar pula. sekarang guna plastik susu autumnz pula sebab plastik susu yang boleh You Have a baby tu dah xde jual dah...dan mula berjinak2 dengan brand Jingle Jungle untuk storage bottle.
Plastic breatsmilk storage Autumnz. (yang saya suka tang guna plastik ni sebab lebih mudah dan senang, pakai buang je lepas panaskan EBM, tak perlu nak basuh2 bagai. senang cerita sesuai sangatlah untuk ibu2 malas mcm saya. ahaks!;-)
Botol2 Jingle Jungle
MACAM MANA DAN BILA NAK MULAKAN PUMPING??
Seawal
yang boleh! Awal2 lepas bersalin berikan terus susu ibu kepada baby agar baby
mendapat kolostrum. Dalam tempoh pantang anda boleh pumping untuk elakkan
bengkak susu. Namun kejutkan bayi untuk menyusu paling kurang sejam sekali.
Digalakkan mula menyimpan stok susu lagi sebulan nak kerja. Lagi awal
lagi bagus. Pam ikut jadual namun utamakan bayi dahulu. Ibu menyusu seharusnya
amalkan pemakanan yang sihat, pengambilan supplemen, jaga emosi dan banyakkan
air kosong dalam sehari. InsyaAllah pengeluaran susu ibu lebih lancar.
MENGEPAM DI TEMPAT KERJA. BAGAIMANA??
1.
PAM BERJADUAL DAN MENJAGA
KONSEP DEMAND DAN SUPPLY
Apabila
mula bekerja anda seharusnya menjaga
waktu pumping. Jaga pumping sekurang2nya selang 3 jam sekali. Ingat! Konsep BF
adalah demand and supply. Lagi banyak permintaan maka lebih banyak pengeluaran.
Begitu juga dengan BF, apabila payudara sering dirangsang insyaAllah susu ibu
kekal ada dan semakin banyak. Asal konsep demand and supply dijaga. Jika
bersama baby, kerapkan direct feed. Di tempat kerja, pam lah di tempat yang
selesa dan terlindung (untuk menjaga aurat). Macam saya di sekolah lama saya
pam di surau, di bilik guru (kerana asing bilik guru lelaki dan wanita) dan di
makmal sains (tempat mengajar). Sekarang di sekolah baru saya projek pumping di
surau asrama yang menenangkan di samping bersolat Dhuha di situ. Agak jauh nak
kena jalan tapi demi yang terbaik untuk anak saya cekalkan hati. Pernah
beberapa kali spareparts tertinggal blk guru terpaksa pusing balik ambik. Memang
letih namun dengan hati yang cekal, kita tau apa yang terbaik utk anak
insyaAllah Allah mudahkan usaha kita. Pastikan anda mengepam sehingga payudara
kosong. Pabila payudara kosong otak akan dapat signal untuk proses susu ibu yang
baru.
Antara hasil perahan di sekolah untuk setiap sesi perahan...
7oz
8-9 oz
6oz
Alhamdulillah...
2.
Simpan FRESH EBM ke dalam
cooler bag
Setelah
selesai sesi pumping, boleh masukkan fresh EBM anda ke dalam cooler bag yang
berisi chiller/ icepacks. Lagi banyak icepacks lagi baik agar susu kekal segar
di dalamnya sehingga pulang ke rumah. Sebaik2nya bahagikan EBm mengikut jumlah
amaun yang baby selalu minum. Ini untuk mengelakkan pembaziran andai baby tak
habis minum. Labelkan tarikh dan masa untuk setiap fresh EBM.
Selalu guna cooler bag autumnz ni sebab suka ada 2 compartment. bawah utk EBM dan icepacks atas letak bp fs.
bahagian atas letak fs. kadangkala tukar dengan cooler tote bag medela.
selesai simpan ebm dan fs saya sumbat dalam multipurpose bag jingle jungle
hah. dah siap. next pumping session angkut beg ini sahaja. sumbat sekali telekung dalam tu.hihi.dah kata multipurpose beg kan...
bayangkan saya bawak ke sekolah 3 'benda' ni lagi. beg laptop, henbeg dan 2 liter air kosong wajib! ditambah dengan multipurpose beg tadi.huf! ramai yang perli nak jual beg ke, ada banyak lagi tak beg kat rumah??hahah.AAK (ada aku kisah??). as long kita tau kita nak beri yang terbaik untuk anak. segala cabaran kasi redah!
3.
Simpan EBM di dalam peti
ais / freezer.
Sebaik2nya
sesampai di rumah letakkan 1-2 botol/plastic susu perah dlm bahagian meat/fish
(yang sejuk sedikit). Ini kerana agar
ada susu segar yang boleh diberikan kepada anak esok harinya. Selebihnya disimpan
dalam freezer. Jangan lupa labelkan ikut tarikh dan masa memerah. Ini untuk mempastikan
tahap kesegaran susu EBm dan menjaga expired EBM. Andai ada bajet lebih boleh
dapatkan deep freezer agar tidak mengganggu penempatan lauk2 basah. Saya telah
dapatkan 1 deep freezer berharga rm600 brand Hisense setelah difirkir2kan
semasa usia Umar 3-4 bulan. Ini kerana masalah EBM yang penuh dalam freezer
sehingga tiada ruang untuk menempatkan lauk basah. Alhamdulillah dekat 4 tahun
berlalu namun Deep freezer ini masih kekal baik dan tahap kesejukan juga kuat.
Kini saya teruskan utk menyimpan stok2 EBM adik Ammar pula.
Sebaik2nya simpan 1-2 botol/plasti susu EBM di bahagian meat/fish. ada juga bekalan susu segar untuk si manja esok hari. selebihnya simpan dalam freezer.
sebaik2nya simpan belah dalam freezer ye...saya ni dah penuh ruangan dalam tu dengan EBm dan lauk sedikit tu yang sampai terpaksa letak bahagian pintu..
hujung minggu saya akan urus EBM simpan siap2 kumpulkan ikut tarikh2 ke dalam deep freezer. gunakan EBM mengikut tarikh yang terawal terlebih dahulu. operasi pindahkan EBM dari freezer ke deep freezer. ni baru stok april dan mei...lama2 biasa penuh DP nih:-)
APA YANG IBU2 MENYUSU PERLU TITIK BERATKAN??
1. Jaga demand and supply
Lebih kerap breast dikosongkan, insyaAllah
lebih banyak pengeluaran susu. Jaga jaDUAL PUMPING di tempat kerja, di tempat
kursus/seminar, ke tempat belajar, balik kg dsbgnya. Jangan jadikan alasan sibuk
dan tiada masa untuk pumping. Masa itu dicari, pandai2lah mencarinya.. Kerapkan
direct feed semasa bersama baby. Ingat! Baby adalah pengepam yang terbaik!
2. Jaga emosi
Andai si ibu dalam keadaan stress ia akan
mengganggu pengeluaran susu ibu. Tak percaya, cubalah pam di saat2 anda sedang
stress. Pasti susu ibu pun malu2 nak keluar. Oleh itu, seringlah berfikiran
positif dan sentiasa ceria agar penyusuan susu ibu menjadi lancar.
3. Perbanyakkan minum air
kosong.
Ibu2 menyusu pernah tak selepas pam/ menyusu
berasa dahaga??Aa itu tandanya signal badan kita sebenarnya dah kehilangan
banyak air. Mengikut fakta, andai kita berasa haus itu tandanya badan sedang
mengalami proses dehidrasi yang teruk. Kita harus sentiasa perbanyakkan dan
minum air kosong. Indikatornya untuk setiap 25kg seharusnya minum 1.5 liter air
kosong! Air kosong seharusnya dijadikan amalan. Tambahan bagi ibu menyusu,
lagila kena banyak minum air kosong.
4. Jaga pemakanan
Elakka kafein jika boleh kerana dikatakan
kafein membantu mengurangkan pengeluaran susu ibu. Elakkan atau kurangkan makana/minuman
berminyak dan berangin. Dikhuatiri bayi
akan kembung jika si ibu banyak makan makanan berangin. Lebihkan sayur-sayuran
dan buah-buahan. Makan sumber protein seperti ayam, daging, ikan. Sumber
kalsium seperti susu,ikan bilis dan sebagainya. Ini kerana susu ibu tinggi
dengan kandungan protein dan kalsium. Jika anda sering mengamalkan diet yang
tak menentu adalah lebih baik anda amalkan pemakanan supplemen. Ini bagi membantu
top up mana2 nutrisi yang kurang. Supplemen pilihan saya tentunya Shaklee. menjadi essentials vitamin saya setiap hari seperti Vita C, B Complex dan Vitalea Multivitamin. Dengan amalan produk Shaklee saya sentiasa sihat, baby Ammar sihat dan semakin
bam bam.
5. Amalkan minuman / makanan
perangsang susu ibu.
Amalan makanan sunnah membantu merangsang
susu ibu. Sawi, bayam, lobak putih, air longan, air soya adalah antara makanan
milk booster. Atau anda boleh dapatkan supplemen milk Booster seperti ESP,
Ostematrix, ALfafa dari Shaklee. Saya memang mengamalkan ini dan Alhamdulillah sangat
puas hati. Baby pun sihat bam bam.
Amalan saya setiap hari wajib! Tak rugi amalkannya...Susu ibu lebih berkualiti..Ibu lebih sihat, tiada batuk, selesema, demam. Baby juga sihat, kuat, bijak dan bam2!:-)
jika ada kekangan bajet ibu2 bf boleh dapatkan set bajet ini
Refresh back antara picture2 kenangan sewaktu perjalanan penyusuan Umar Mujahid selama 2 tahun..
hasil pumping-EBM di rumah lama..
Deep freezer Hisense masa baru2 beli..sekarang dah buruk DP nih..usia dekat 4 tahun dah..tapi tahan lama.alhamdulillah..
Stok2 EBm Umar Mujahid.most of this stok sampai terpaksa dibuang bcoz of expired.
stok lagi...
gigih kumpul stok..hari2 minggu uruskan EBM..
EBM lagi..
stok2..
simpan sementara dalam freezer
umar juga turut 'membantu'..
umar yang rakus. kepala budak lain pun digigitnya..hahah
kenangan guna ameda di sekolah lama...
hasil perahan...
lagi hasil EBM..
EBM beserta cooler bag Pigeon. rindu dengan cooler bag ni yang banyak berjasa..
pumping di bilik guru. guna letrik sekolah..siap bawak extension...setiap bulan bayar bil letrik sekolah..hihi.kenangan..
lagi EBM dengan Ameda Lactaline Double Breastpump..
Kenangan hari raya di rumah sewa lama...
Anakanda sulung kesayangan. Alhamdulillah anak susuan susu ibu 2 tahun ni..
Ini dia si bam bam comel! sedang meneruskan perjuangan Fully BF ammar pulak..go!go!go!
Sebenarnya dia takut dengan bear...
Aktiviti "menggeram"...
Dalam usaha memperkenalkan adik ammar huruf2 quran...guna flash card..
Adik ammar mengaji sebelum tidur...:)
Sekian dahulu sharing dari saya..berjam2 jugalah nak menyiapkan entry ni, kejap2 adik ammar mintak df, kejap2 umar nak itu ini...erm..camnilah super mommies..memang mencabar nak update blog..
secara konklusinya, yang penting adalah ilmu+ kesungguhan+ rajin+disiplin+hati cekal nak berikan anak sepenuhnya susu ibu. Tanpa elemen2 di atas mungkin niat bakal ke laut. so mommies2 jangan putus asa, jangan hangat2 tahi ayam teruskan bf untill 2 years your baby:-)
Goodluck mommies for your BF journey...:-).
All da best!
Sesiapa reader yang berminat nak mendapatkan Set Breastfeeding Shaklee
Boleh hubungi saya seperti di bawah,
Fb: Atfina Abdullah
sms/wa : 0126979844
FB Page : Gedung Supplemen Anda