RSS

Performance Drink yang Mengujakan!Puasa Lebih Bertenaga, Kurang Lapar, Kurang Haus, Kurang Letih~Testimoni Hebat!


Assalamua’laikum wbt,

Syukur Alhamdulillah..hari ni genap seminggu kita berpuasa di bulan Ramadhan penuh Barokah ini.
Maka seminggu jugalah umat Islam berpesta ibadah bagi merebut harga sebuah pahala yang berlipat kali ganda berbanding dari hari2 biasa. Mudah2han puasa dan ibadah2 kita yang lain di bulan mulia ini mendapat ganjaran yang besar di sisiNya…
amin ya Rabb..

Ok sebenarnya saya sempat update blog hari ini kerana teruja mahu berkongsi testimony saya sendiri bestnya bersahur dengan Performance Drink Shaklee! Ini kerana terasa lain berbanding puasa2 saya di tahun2 lepas yang langsung tidak mengamalkan Performance walaupun dah kenal Shaklee pada masa itu. Yelah tak kenal maka tak cinta, tak cuba macam mana nak tau rasa. Betul tak?
Sejujurnya pagi tadi kami kesiangan. Tinggal 10 minit je waktu2 kecederaan untuk bersahur. Biasanya saya sempat bangun awal, panaskan nasi dan lauk serta siapkan meja. Kejutkan suami. Seterusnya saya bergegas bersolat sunat Tahajud dan lain2 yang sempat sebelum saya bersahur bersama keluarga. Tapi hari ini nikmat bersahur nasi berlauk tu tak dapat pula. Dek kerana dah waktu2 kecederaan saya saya bergegas kejutkan suami dan adik dan kami hanya bersahur 1 shaker Performance Drink dimana 2-3 sudu besar Performance dibancuh bersama air kosong dan di shake! Erm..memang sedap tekak dan menyamankan. Rasa sedap2 oren Performance menerjah anak tekak. Setelah itu, kami sempat minum beberapa teguk air kosong dan saya sempat menjamah 2 keping Crunchy Almond kesukaan. Erm…Alhamdulillah..sempat juga menikmati nikmat bersahur.hehe..Dan hasilnya amazing! Saya dapat rasakan perut rasa lebih selesa (series lebih selesa berbanding jika bersahur berat beserta nasi berlauk), malah saya lebih bertenaga rasa melaksanakan kerja2 rumah di hari minggu ini seperti membasuh pakaian, mencuci dan menyental bilik air, mengemas di samping runtin harian menyusukan anak. Malah sungguh saya rasa lebih bertenaga berbanding bersahur dengan makanan berat.

Kenapa Performance ni sangat sesuai diamalkan masa2 puasa ini??
Performance Drink adalah minuman isotonic yang menyihatkan yang antara fungsinya MENGEKALKAN BENDALIR DALAM BADAN DAN JUGA MEMBERIKAN LEBIH KECERGASAN selepas meminumnya. Oleh itu, semasa puasa ini tubuh badan kita mengalami hidrasi yang mungkin secara berlebihan. Akibatnya badan terasa dehidrat sangat, kehausan yang melampau dan badan terasa lemah lesu akibat kekurangan banyak air. Oleh itu, Performance Drink ini sangat disyorkan diminum di waktu bersahur dan berbuka kerana ia membantu MELAMBATKAN PROSES KEHILANGAN AIR DALAM BADAN seterusnya MEMBERI TENAGA TAMBAHAN LEBIH LAMA KERANA IA TERBUKTI SECARA KLINIKAL DALAM MEMELIHARA PARAS GULA DALAM DARAH YANG PENTING BAGI TENAGA OTOT DAN PARAS BENDALIR YANG PERLU BAGI PENGHIDRATAN YANG WAJAR. 

Dalam erti kata mudahnya, kita ikuti summary FUNGSI PERFROMANCE DRINK TERHADAP PUASA:-)

PERFORMANCE

  • Mengandungi formula Opticarb pilihan ekslusif untuk tenaga yang berpanjangan.
  •  Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan
  •  Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.                                                                                                                                                                                                                                                   Jika anda berminat untuk mendapatkan Performance Drink di bulan2 puasa ini boleh kontek saya seperti di bawah.
  • FB: Atfina Abdullah
  • FbPage: Gedung Supplemen Anda
  • sms/wasap: 0126979844

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TURUN 20KG??KETAHUI RAHSIANYA...

Assalamua’laikum wbt..
Alhamdulillah diberi kesempatan lagi oleh Allah untuk mengupdate blog. Memang azam saya bermula Jun ini untuk lebih rajin sharing di blog. The more u give, the more u will gain insyaAllah..

Sharing kali ni saya lebih nak berkongsi kisah kegembiraan one of my return customer merangkap ex-student saya. Saya pernah mengajar beliau subjek Sains di Tingkatan 1. Alhamdulillah beliau adalah antara salah seorang pelajar saya yang cemerlang. Beroleh 5A dalam UPSR dan baru2 ini keputusan SPM yang memberangsangkan sehingga melayakkan beliau menjejakkan kaki di Matrikulasi Kuala Pilah.

Ok tutup kisah kecemerlangan pembelajarannya saya sambung dengan kisah beliau yang konsisten makan cadangan Set Kurus Shaklee sehingga BERJAYA TURUN SEHINGGA 20KG! Sungguh...saya agak terkejut tatkala menatap wajahnya di FB yang dikongsi mak saudaranya. Beliau kelihatan kurus dan makin comel! Dan apabila baru2 ini saya bertentang mata face to face dengan beliau memang tersangat gembiralah dengan perubahan fizikal beliau. Bayangkan beliau Berjaya menurunkan berat beliau sebelumnya sebanyak 103 kg menjadi 83kg! Memang lain benarlah figure beliau kini. Mohon maaf saya tak dapat share picturenya di sini atas sebab2 tertentu. Beliau semakin cantik dan comel dengan imej berat badan terbaru. Rahsia beliau, antaranya beliau konsisten mengamalkan cadangan Set Kurus Shaklee yang dicadangkan saya beserta jadual makan dan tips. Nak tahu lebih lanjut jadual makan dan tips mehla beli dengan saya insyaAllah saya akan memberikan panduan memakannya dan tips2 dalam mencapai berat badan idaman.

Ok di bawah cadangan Set Kurus yang saya cadangkan kepada beliau..



Ketiga2 set ini dicadangkan dengan konsep...
BAKAR, DETOKS (BUANG) DAN BINA!

BAKAR LEMAK DENGAN OMEGA GUARD SHAKLEE..


Omega Guard Shaklee


  • Asid lemak Omega-3
  • Mengaktifkan hormon Leptin yang membakar lemak
  • Leptin berperanan menyekat selera makan
  • Membantu mengawal rasa lapar dengan menstabilkan paras gula dalam darah.



DETOKS (BUANG) LEMAK DAN TOKSIN DENGAN ALFAFA COMPLEX..

Alfafa Complex

  •  Membantu menyingkirkan toksin dan lemak berlebihan dalam badan.
  •  Jika di makan sebelum makan, ia memberi rasa kenyang (dapat mengelakkan kita dari makan banyak)
  • Tergolong dalam kumpulan fiber, maka ia juga membantu melawaskan dan beri kenyang lebih lama.
  • Testimoni sideline saya telan 10 biji Alfafa sehari  rasa kenyang dari pagi sampai ke petang.


BINA OTOT BADAN AGAR KURUS DENGAN OTOT CANTIK DENGAN CINCH SHAKE SHAKLEE..

Cinch Shake Shaklee Perasa Cafe Latte
Ada 3 perasa Cinch Shake iaitu Cafe latte, Coklat dan Vanila

  •   Cinch Shake Mix mengandungi serat yang tinggi dan membantu untuk rasa kenyang.
  •   Bukan itu saja, ia mengandungi nutrisi yang lengkap untuk menjaga kesihatan.
  •   Rumusan proprietary-nya diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi isyarat kepada badan supaya memelihara otot semasa proses pengurangan berat badan.
  • ·  Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot. Pendek kata, berat dengan otot bukan berat dengan lemak. 


Namun begitu, terdapat dua pilihan....

FULL SET KURUS yang memenuhi elemen BAKAR, DETOKS 
DAN BINA.

InsyaAllah akan saya kongsikannya dalam entry akan datang.

Jika berminat dengan Set Kurus di atas boleh hubungi saya seperti di bawah.

Setiap pembelian dari saya, anda akan mendapat Jadual 

Makan supplemen beserta Tips Kurus Istimewa:-)


Untuk Pertanyaan Lanjut,

Hubungi saya

FB: Atfina Abdullah

FbPage: Gedung Supplemen Anda

sms/wasap: 0126979844 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berniat untuk Fully Breastfeeding?? Apa yang perlu dilakukan??Sharing My Breastfeeding Journey...

Assalamua’laikum wbt..
Terima kasih kpd reader sekalian yang sudi bertandang membaca entry kali ini..
Kali ini memang bersemangat nak lebih kan sharing dalam blog especially pasal ilmu bf…
Kerana saya kini sudah kembali bf…setelah hamper 2 tahun meninggalkannya..
Alhamdulillah…setelah Allah izinkan saya melengkap penyusuan susu ibu sepenuhnya Umar Mujahid kini kesinambungan itu berlangsung untuk adik Umar pula iaitu Ammar Mujahid.
Dan kat sini nak share kisah2 fully bf Umar dulu…saja2 nak buat come back dan semestinya kisah perjalanan penyusuan yang baru bermula untuk Ammar Mujahid si comel tersayang…
Semoga sharing ini bermanfaat untuk ibu2 baru dan lama yang mahu/ berniat untuk menyusukan sepenuhnya susu ibu.
Adalah suatu keseronokan bagi saya berkongsi ilmu penyusuan buat rakan2, kenalan dan sesiapa sahaja diluar sana yang berniat mahu memberikan hanya susu ibu sahaja buat si manja tersayang

Nak FULLY BF APA YANG PERLU SAYA BUAT??
Ok maksud Fully BF disini ialah menyusukan sepenuhnya susu ibu sahaja sehingga 2 tahun lamanya. Manakala ekslusif BF pula adalah menyusukan sepenuhnya anak susu ibu sahaja tanpa sebarang makanan dan minuman lain (termasuk air kosong) selama 6 bulan lamanya seperti saranan klinik2 kesihatan kerajaan.

1. Niat untuk Fully BF your baby
Niat yang murni ini seharusnya bermula sejak baby dari dalam kandungan lagi. Saya juga memang sedari diri sudah hamil memang niat dalam hati sungguh2 mahu menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu. Saya memang tidak mahu bergantung kepada susu formula. Dan Alhamdulillah sewaktu check up mama n baby selepas kelahiran saya mendapat bimbingan yang sempurna berkenaan penyusuan  susu ibu dari staff nurse di klinik kesihatan. Staff Nurse itu yang mengajar cara2 teknik marmet (perah guna tangan) dan bersungguh2 meminta saya fully bf my baby. Sejak itu saya mula mengorak langkah, mencari info dan mula pumping mengumpul susu ibu. Teringat lagi kala itu sangat jeles dan pelik tengok sharing dari ibu2 bf deretan susu ibu dalam freezer mereka. Dalam hati tertanya2 macam mana susu mereka boleh banyak macam tu. Sejak itu saya mula mengepam dan tak sampai 2 minggu saya Berjaya memenuhkan freezer rumah dengan susu ibu yang dipam. Memang amazing sangat rasa masa tu! Rupanya aku boleh…memang benar, jika kita positif, berusaha dan bersungguh2 untuk mencapai target pasti Allah akan bantu.
Sehingga selepas itu kami terpaksa mencari deep freezer khas untuk menempatkan EBM sahaja kerana freezer sudah penuh tiada ruang untuk menempatkan lauk2 basah spt ikan, ayam dsbgnya.huhu. oh ya bagi ibu2 baru EBM adalah singkatan untuk Expressed Breast Milk (susu perahan) ye.

2. Dapatkan ilmu / maklumat secukupnya mengenai penyusuan susu ibu
Dinasihatkan para ibu2 baru mendapatkan ilmu2 bf dari pelbagai sumber. Seperti saya dahulu, agak lewat saya menimba ilmu penyusuan tetapi tidakla selewat mana. Saya sangat suka google ilmu pasal bf dan membaca entry2 blog mengenai bf. Dari sini juga saya berkenalan dengan upline Shaklee saya kerana sering berkunjung ke blog nya untuk mendapatkan ilmu breastfeeding. Saya juga aktif menyertai forum2 susu ibu (tetapi sebagai silent reader sahaja), berkunjung ke blog Dunia Susu Ibu, susuibu.com dan kedai bf/baby  saya suka terjah adalah Enjoybreastfeed.

3. Menyediakan segala peralatan/ gadget penyusuan yang bersesuaian.

APAKAH GADGET PENYUSUAN??
Ok gadget penyusuan di sini merujuk kepada peralatan untuk mengepam susu ibu.
Pertama sekali nak membeli breastpump/ pam susu lebih baik google dahulu review2 dari tenet atau bertanya orang lebih pakar breastpump yang sesuai untuk diri kita.

TIPS PEMILIHAN  BREASTPUMP

Faktor badjet.
Belilah BP yang bersesuaian dengan badget anda. Dapatkan info dari mana2 sumber terlebih dahulu dan sesuaikan dengan badjet anda. Ini kerana factor harga bukan penentu kejayaan penyusuan. Tetapi, sebaik2nya belilah yg berharga rm300 lebih ke atas dengan fungsi double pump. Banyak di pasaran kini. Yang penting adalah usaha dan kemahuan si ibu menyusukan anak mereka sehingga 2 tahun.Hati mesti mahu cekal dan degil kalau tak ke laut jadinya cita2 tersebut.  JIka pam mahal sekalipun namun usaha tak seberapa, sering skip pumping, tak jaga demand dan supply efeknya susu ibu makin merudum kerana kurang rangsangan. Lama kelamaan timbul lah alasan susu ibu tak cukup, baby lapar susu terpaksa beri formula. Sedangkan si ibu sendiri tidak menitikberatkan konsep demand dan supply. Sudah ramai Berjaya membuktikan hanya dengan pam berharga 300 lebih pun Berjaya susukan anak 2 tahun. Malah ada yg ekslusif pumping (tanpa direct feed) Berjaya susukan anak mereka sehingga lengkap 2 tahun.

Kedua, Sebaik2nya belilah bp yang double pump. Ada banyak bp di pasaran. Ada yang manual, elektrik dan bateri. Jika anda adalah ibu bekerjaya, adalah lebih baik membeli pam letrik, berbatri dan lebih bagus andai mempunyai rechargeable battery. Ini bagi mengelakkan kita menggunakan elektrik di tempat kerja untuk menjaga keberkatan bekerja. Namun pam double letrik/ reacharable battery  adalah lebih bagus bukan sahaja lebih menjimatkan masa malah bagus untuk rangsangan kedua2 breast. Saya dahulu 2 tahun menggunakan Double Pump Bateri/Letrik. Memang sangat2 menjimatkan masa!
Pengalaman saya ke hulu ke hilir membawa bp andai tiada power source letrik, kita boleh menggunakan bateri. Cumanya adalah lebih baik bateri yang boleh cas kerana bateri AA biasa cepat kehabisan power. Dan adalah lebih bagus andai bp itu mempunyai ketiga2 function manual, bateri, elektrik.

Ketiga, belilah bp yang selesa digunakan.  Suction yang selesa dan tidak menyakitkan. Sparepart yang lebih friendly user (usah beli bp yang terlalu banyak spareparts, nanti leceh nak pasang dan basuh). Usahlah kedekut untuk membeli bp yang lebih selesa dan friendly user. Ini untuk memudahkan anda, menjimatkan masa dan melancarkan proses penyusuan susu ibu.

Keempat, belilah BP yang susu tidak akan masuk ke tube yang akhirnya akan menjejaskan motor pam.  Ini kerana terdapat bp di pasaran yang mudah susu masuk ke tiub. Lama kelamaan ia akan merosakkan motor pam. Akibatnya pam tidak dapat berfungsi dengan baik dan terpaksa diservis. Efeknya, anda tiada lagi pam sewaktu proses servis, terpaksa menanggung bengkak susu atau terpaksa menggunakan teknik marmet sahaja yang memerlukan lebih masa untuk memerah susu. Sekarang ada banyak bp yang lebih mesra pengguna. Lebih baik google dahulu atau bertanyakan pengalaman orang2 yang lebih pakar atau lebih berpengalaman.

Last but not least, sebaik2nya beli BP yang mempunyai warrenti supplier Malaysia. Ini kerana jika berlaku sebarang masalah dalam tempoh warenti tiada bayaran dikenakan. Namun, jika anda membeli BP dengan warenti luar maka sebarang permasalahan ditanggung sepenuhnya oleh anda sebagai buyer. BP seperti Medela adalah antara brand yang paling byk dijual secara online dengan warenti dari US atau UK. Harga jauh lebih murah namun kelemahannya sebarang servis dari Lactaequip Malaysia akan dikenakan bayaran. Namun terdapat juga BP warenti dari Negara luar namun supplier Malaysia yang mempunyai kepakaran dan menawarkan perkhidmatan servis percuma sekiranya masih dalam warenti. Cuma anda sahaja harus bijak memilih!

Review Breastpump yang Pernah Saya Miliki;
1.       Pureen (Battery)- Bp yang murah seratus lebih ringgit sahaja. Ni papa Umar dan Ammar yang beli masa mula2 deliver Umar. Single pumping. Battery operation. Namun suction menyakitkan, bateri cepat habis last2 kasi bungkus tak mau pakai lagi. Sangat2 not recommended untuk ibu2 bf sekalian. Adalah suatu pembaziran membeli bp ini.


2.       Medela Swing
Ni saya beli rasa2nya semasa usia Umar 3 bulan. Harga saya beli online rm650. Single pump.  Electric and battery operation. Suction selesa tak menyakitkan. Bunyi ala2 kodok. Tak berapa bising. BP pertama yang mahal pernah saya beli dan selesa tambahan lagi Medela pada masa itu menawarkan Soft Breastshield yang  begitu lembut dan selesa. Namun, lama kelamaan disebabkan tuntutan masa (kerana saya seorang guru) saya berasakan perlukan double bp untuk menjimatkan masa pumping. Tambahan pula pada waktu itu, saya baru mengetahui adalah lebih baik dari segi stimulation, ibu2 bf menggunakan double pumping. Sekarang medela dah upgrade swing mereka kepada double pump (medela swing maxi). Harga retail dalam rm1100.
Kelemahan: Susu mudah masuk tiub sehingga merosakkan motor. Sewaktu menggunakan swing, pernah terjadi insiden ini sehingga terpaksa dihantar servis Lactaequip dan dikenakan bayaran agak mahal kerana walaupun masih dalam warenti namun ia adalah warenti dari US. Atas insiden susu masuk tube menyukarkan saya maka saya grab Ameda Double Electric Breastpump. Akhirnya saya let go Swing kepada adik ipar yang baru bersalin.

 Medela Swing

3.       Ameda Lactaline Double Electric Breastpump
Tertarik dengan review susu tak akan masuk tubing dan menjejaskan motor beserta agen anti bakterianya maka saya beli BP ini. Tambahan lagi saya sering membaca blog sifu Shaklee saya yang juga menggunakan Ameda sedikit sebanyak agak terpengaruh dengan review yang menarik. Saya beli dari Enjoybreastfeed harga dalam RM780 kalau tak silap. Double pumping dengan battery and electric operation. Bagi saya Ameda memang berbaloi2. Suction yang mantap (kuat) cuma bagi sesetengah orang mungkin tak berapa selesa dengan suctionnya. Tapi suction boleh laras. Yang best Ameda ni tak banyak spareparts, so mudah untuk dibasuh. Selain tu, susu ibu konfem takkan masuk ke tiub.so motor kekal dalam keadaan baik. Tambahan lagi Ameda Lactaline adalah hospital grade bp so dia memang sesuai utk heavy duty. Bunyi agak bising tp takdela sampai mengganggu. Ameda BP saya berkhidmat dekat 2 tahun, kehulu ke hilir bersamanya ibarat best fren saya. Jika ke kursus biasa saya menggunakan khidmat bateri AA. Sewaktu belajar maktab pun Ameda gedabak ni gakla yang diangkut kehulu ke hilir bersama cooler bag kesayangan. Cuma tak berapa user friendly kerana ia agak bulky, menggunakan bateri yang banyak (6 bateri AA), bateri cepat habis, charger pun bulky  dan tiada rechargeable battery. Tapi so far saya berpuas hati dengan performance Ameda, sangat2 membantu bf journey saya dan Umar sehingga 2 tahun. Really love this pump! Now suction dah slow but still boleh guna Cuma kena ganti tube dan lain2 spareparts yang dah terkoyak, bocor dan sbgnya.

my beloved ameda lactaline bp

4.       Medela Freestyle
Best dan mudah! Sangat praktikal! Ini antara perkataan yang boleh saya gambarkan kpd FS saya yg dah hampir 4 bulan berkhidmat.  Sebenarnya FS memang menjadi idaman kalbu biarpun kebanjiran BP di pasaran skrg. Alhmdulillah masa Ammar Allah datangkan rezeki lebih untuk grab terus pam ini. Rezeki terpijak apabila dpt beli online dari seseorang yang membuat sale jualan tutup kedai. Dengan harga rm1500 dengan warenti Malaysia bagi saya adalah sangat2 berbaloi. Biasanya harga sebegitu adalah BP dari warenti oversea. Warenti msia paling murah pun rm1800 jualan online. Operation: Electric dan Reachargeable battery. Motor yang kecik (besar tapak tangan je), ringan, mobile (memang sgt2 mudah di bawa kemana2). Malah saya pernah menyumbatnya ke dalam henbag sahaja. Sangat best masa pumping ada motor LCD yang memaparkan masa pumping dan ada effect memory. So biasanya 15 minit dah selesai utk 1 sesi pumping saya di sekolah/ rumah. Didatangkan 1 set siap dengan cooler bag with chiller, calma teat, multifunctions bag dan brestmilk bottle. Bunyi tak bising mana, sama macam Swing ala2 kodok bunyinya. Suction best! Lembut. Boleh laras. Cuma Medela tidak lagi menawarkan soft breastshield seperti Swing saya dulu. Ada fungsi 2 minit untuk let down reflex. Let down merujuk kepada susu yang sudah keluar. Fs ada fungsi suction laju masa awal2 selama 2 minit. Sebelum tempoh 2 minit jika berlaku let down maka anda boleh tekan button let down dan bp berfungsi spt biasa suctionnya. Let down reflex ini sesuai merujuk kepada  hisapan bayi yang agak gelojoh tika lapar hisap kuat2 laju2 nak cepat susu keluar. Kelemahan FS ini spareparts agak banyak so leceh sket nak basuh2. Ada part2 yang perlu dikeringkan terlebih dahulu untuk elakkan susu masuk ke tiub. So ambik masa juga kdgkala sebelum mengepam.  Apa2pun saya sangat suka FS dengan fungsi mobile. Senang nak angkut gi memana pun. Di rumah pun saya masih mengepam andai Ammar refuse tak mau susu. Dan setiap pagi juga saya amalkan pumping. Apa2pun FS is the Best among the rest! Alah membeli menang memakai.

my new fs. marvellous!

Didatangkan lengkap 1 set. untuk beg besar multi purpose tu saya buat diaper bag ammar untuk di bawa ke mana2;-)


APAKAH KEPERLUAN LAIN LAGI UNTUK MEMBANTU PENYUSUAN SUSU IBU??
1.        Cooler bag
Belilah cooler bag yang agak tahan dari segi memerangkap kesejukan. Masa Umar saya menggunakan cooler bag Pigeon beli dari Jusco Melaka sekitar 2011. Harga RM200. Siap dengan chiller. Dekat 2 tahun pakai sampai lunyai cooler bag tu. Memang alah membeli menang memakai. Sekarang time Ammar saya menggunakan cooler beg Autumnz. Yang saya suka ada 2 compartment. Bawah tempat EBM dan icepacks, atas tempat letak BP. Tp muat2 BP yang comel lote shja spt FS, Rumble Tuff dan lain2 yang kecil2. Kadangkala saya tukar dengan tote cooler bag Medela beserta chiller.

2.       Icepacks / Chiller
Dapatkan di pasaran icepacks yang tidak mudah bocor, kadar kesejukannya tahan sehingga 8 jam lamanya. lagi lama lagi bagus. Ini kerana untuk memastikan EBM yang disimpan kekal segar dalam cooler bag.

icepacks autumnz kaler putih tu dah bocor. not recommended. tak tahan lama, baru 2 bulan guna dah bocor. dah selamat masuk tong sampah. tq banyak atas khidmatmu. beli brand yang ni. autumnz dan fabulousmom punya icepacks. dua2 ni plastik lebih tebal dan sejuk tahan lebih lama. masuk cooler bag dari kul 7 pagi sampai kul 10 malam masih tak mencair pada suhu bilik.wallah!


3. Breastmilk storage
IBu2 boleh sediakan botol2 susu yang BPA Free untuk menyimpan stok perahan atau plastik susu. dulu2 masa Umar saya suka guna plastik susu You Have a baby yang boleh diikat dengan getah. bukan apa, harga lebih murah. hehe..Botol2 banyak guna jenis Autumnz. botol2 lebih tahan lama berbanding plastik susu pakai buang. sekarang breastmilk botol2 ni saya gunakan utk EBm adik ammar pula. sekarang guna plastik susu autumnz pula sebab plastik susu yang boleh You Have a baby tu dah xde jual dah...dan mula berjinak2 dengan brand Jingle Jungle untuk storage bottle.

Plastic breatsmilk storage Autumnz. (yang saya suka tang guna plastik ni sebab lebih mudah dan senang, pakai buang je lepas panaskan EBM, tak perlu nak basuh2 bagai. senang cerita sesuai sangatlah untuk ibu2 malas mcm saya. ahaks!;-)

Botol2 Jingle Jungle

MACAM MANA DAN BILA NAK MULAKAN PUMPING??
Seawal yang boleh! Awal2 lepas bersalin berikan terus susu ibu kepada baby agar baby mendapat kolostrum. Dalam tempoh pantang anda boleh pumping untuk elakkan bengkak susu. Namun kejutkan bayi untuk menyusu paling kurang sejam sekali.

Digalakkan mula menyimpan stok susu lagi sebulan nak kerja. Lagi awal lagi bagus. Pam ikut jadual namun utamakan bayi dahulu. Ibu menyusu seharusnya amalkan pemakanan yang sihat, pengambilan supplemen, jaga emosi dan banyakkan air kosong dalam sehari. InsyaAllah pengeluaran susu ibu lebih lancar.

MENGEPAM DI TEMPAT KERJA. BAGAIMANA??

1.       PAM BERJADUAL DAN MENJAGA KONSEP DEMAND DAN SUPPLY
Apabila  mula bekerja anda seharusnya menjaga waktu pumping. Jaga pumping sekurang2nya selang 3 jam sekali. Ingat! Konsep BF adalah demand and supply. Lagi banyak permintaan maka lebih banyak pengeluaran. Begitu juga dengan BF, apabila payudara sering dirangsang insyaAllah susu ibu kekal ada dan semakin banyak. Asal konsep demand and supply dijaga. Jika bersama baby, kerapkan direct feed. Di tempat kerja, pam lah di tempat yang selesa dan terlindung (untuk menjaga aurat). Macam saya di sekolah lama saya pam di surau, di bilik guru (kerana asing bilik guru lelaki dan wanita) dan di makmal sains (tempat mengajar). Sekarang di sekolah baru saya projek pumping di surau asrama yang menenangkan di samping bersolat Dhuha di situ. Agak jauh nak kena jalan tapi demi yang terbaik untuk anak saya cekalkan hati. Pernah beberapa kali spareparts tertinggal blk guru terpaksa pusing balik ambik. Memang letih namun dengan hati yang cekal, kita tau apa yang terbaik utk anak insyaAllah Allah mudahkan usaha kita. Pastikan anda mengepam sehingga payudara kosong. Pabila payudara kosong otak akan dapat signal untuk proses susu ibu yang baru.

Antara hasil perahan di sekolah untuk setiap sesi perahan...

7oz

8-9 oz

6oz

Alhamdulillah...


2.       Simpan FRESH EBM ke dalam cooler bag
Setelah selesai sesi pumping, boleh masukkan fresh EBM anda ke dalam cooler bag yang berisi chiller/ icepacks. Lagi banyak icepacks lagi baik agar susu kekal segar di dalamnya sehingga pulang ke rumah. Sebaik2nya bahagikan EBm mengikut jumlah amaun yang baby selalu minum. Ini untuk mengelakkan pembaziran andai baby tak habis minum. Labelkan tarikh dan masa untuk setiap fresh EBM.

Selalu guna cooler bag autumnz ni sebab suka ada 2 compartment. bawah utk EBM dan icepacks atas letak bp fs.

bahagian atas letak fs. kadangkala tukar dengan cooler tote bag medela.

 selesai simpan ebm dan fs saya sumbat dalam multipurpose bag jingle jungle

hah. dah siap. next pumping session angkut beg ini sahaja. sumbat sekali telekung dalam tu.hihi.dah kata multipurpose beg kan...

bayangkan saya bawak ke sekolah 3 'benda' ni lagi. beg laptop, henbeg dan 2 liter air kosong wajib! ditambah dengan multipurpose beg tadi.huf! ramai yang perli nak jual beg ke, ada banyak lagi tak beg kat rumah??hahah.AAK (ada aku kisah??). as long kita tau kita nak beri yang terbaik untuk anak. segala cabaran kasi redah!


3.       Simpan EBM di dalam peti ais / freezer.
Sebaik2nya sesampai di rumah letakkan 1-2 botol/plastic susu perah dlm bahagian meat/fish (yang sejuk sedikit). Ini  kerana agar ada susu segar yang boleh diberikan kepada anak esok harinya. Selebihnya disimpan dalam freezer. Jangan lupa labelkan ikut tarikh dan masa memerah. Ini untuk mempastikan tahap kesegaran susu EBm dan menjaga expired EBM. Andai ada bajet lebih boleh dapatkan deep freezer agar tidak mengganggu penempatan lauk2 basah. Saya telah dapatkan 1 deep freezer berharga rm600 brand Hisense setelah difirkir2kan semasa usia Umar 3-4 bulan. Ini kerana masalah EBM yang penuh dalam freezer sehingga tiada ruang untuk menempatkan lauk basah. Alhamdulillah dekat 4 tahun berlalu namun Deep freezer ini masih kekal baik dan tahap kesejukan juga kuat. Kini saya teruskan utk menyimpan stok2 EBM adik Ammar pula.

Sebaik2nya simpan 1-2 botol/plasti susu EBM di bahagian meat/fish. ada juga bekalan susu segar untuk si manja esok hari. selebihnya simpan dalam freezer.

sebaik2nya simpan belah dalam freezer ye...saya ni dah penuh ruangan dalam tu dengan EBm dan lauk sedikit tu yang sampai terpaksa letak bahagian pintu..

hujung minggu saya akan urus EBM simpan siap2 kumpulkan ikut tarikh2 ke dalam deep freezer. gunakan EBM mengikut tarikh yang terawal terlebih dahulu. operasi pindahkan EBM dari freezer ke deep freezer. ni baru stok april dan mei...lama2 biasa penuh DP nih:-)

APA YANG IBU2 MENYUSU PERLU TITIK BERATKAN??

1. Jaga demand and supply
Lebih kerap breast dikosongkan, insyaAllah lebih banyak pengeluaran susu. Jaga jaDUAL PUMPING di tempat kerja, di tempat kursus/seminar, ke tempat belajar, balik kg dsbgnya. Jangan jadikan alasan sibuk dan tiada masa untuk pumping. Masa itu dicari, pandai2lah mencarinya.. Kerapkan direct feed semasa bersama baby. Ingat! Baby adalah pengepam yang terbaik!

2. Jaga emosi
Andai si ibu dalam keadaan stress ia akan mengganggu pengeluaran susu ibu. Tak percaya, cubalah pam di saat2 anda sedang stress. Pasti susu ibu pun malu2 nak keluar. Oleh itu, seringlah berfikiran positif dan sentiasa ceria agar penyusuan susu ibu menjadi lancar.

3. Perbanyakkan minum air kosong.
Ibu2 menyusu pernah tak selepas pam/ menyusu berasa dahaga??Aa itu tandanya signal badan kita sebenarnya dah kehilangan banyak air. Mengikut fakta, andai kita berasa haus itu tandanya badan sedang mengalami proses dehidrasi yang teruk. Kita harus sentiasa perbanyakkan dan minum air kosong. Indikatornya untuk setiap 25kg seharusnya minum 1.5 liter air kosong! Air kosong seharusnya dijadikan amalan. Tambahan bagi ibu menyusu, lagila kena banyak minum air kosong.

4. Jaga pemakanan
Elakka kafein jika boleh kerana dikatakan kafein membantu mengurangkan pengeluaran susu ibu. Elakkan atau kurangkan makana/minuman  berminyak dan berangin. Dikhuatiri bayi akan kembung jika si ibu banyak makan makanan berangin. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Makan sumber protein seperti ayam, daging, ikan. Sumber kalsium seperti susu,ikan bilis dan sebagainya. Ini kerana susu ibu tinggi dengan kandungan protein dan kalsium. Jika anda sering mengamalkan diet yang tak menentu adalah lebih baik anda amalkan pemakanan supplemen. Ini bagi membantu top up mana2 nutrisi yang kurang. Supplemen pilihan saya tentunya Shaklee. menjadi essentials vitamin saya setiap hari seperti Vita C, B Complex dan Vitalea Multivitamin. Dengan amalan produk Shaklee saya sentiasa sihat, baby Ammar sihat dan semakin bam bam.


5. Amalkan minuman / makanan perangsang susu ibu.
Amalan makanan sunnah membantu merangsang susu ibu. Sawi, bayam, lobak putih, air longan, air soya adalah antara makanan milk booster. Atau anda boleh dapatkan supplemen milk Booster seperti ESP, Ostematrix, ALfafa dari Shaklee. Saya memang mengamalkan ini dan Alhamdulillah sangat puas hati. Baby pun sihat bam bam.

Amalan saya setiap hari wajib! Tak rugi amalkannya...Susu ibu lebih berkualiti..Ibu lebih sihat, tiada batuk, selesema, demam. Baby juga sihat, kuat, bijak dan bam2!:-)

jika ada kekangan bajet ibu2 bf boleh dapatkan set bajet ini


Refresh back antara picture2 kenangan sewaktu perjalanan penyusuan Umar Mujahid selama 2 tahun..

 hasil pumping-EBM di rumah lama..

 Deep freezer Hisense masa baru2 beli..sekarang dah buruk DP nih..usia dekat 4 tahun dah..tapi tahan lama.alhamdulillah..

 Stok2 EBm Umar Mujahid.most of this stok sampai terpaksa dibuang bcoz of expired.

 stok lagi...

 gigih kumpul stok..hari2 minggu uruskan EBM..

 EBM lagi..

 stok2..

 simpan sementara dalam freezer

 umar juga turut 'membantu'..

 umar yang rakus. kepala budak lain pun digigitnya..hahah

 kenangan guna ameda di sekolah lama...

 hasil perahan...

 lagi hasil EBM..

 EBM beserta cooler bag Pigeon. rindu dengan cooler bag ni yang banyak berjasa..

 pumping di bilik guru. guna letrik sekolah..siap bawak extension...setiap bulan bayar bil letrik sekolah..hihi.kenangan..
 lagi EBM dengan Ameda Lactaline Double Breastpump..

 Kenangan hari raya di rumah sewa lama...

 Anakanda sulung kesayangan. Alhamdulillah anak susuan susu ibu 2 tahun ni..

 Ini dia si bam bam comel! sedang meneruskan perjuangan Fully BF ammar pulak..go!go!go!

 Sebenarnya dia takut dengan bear...

 Aktiviti "menggeram"...

 Dalam usaha memperkenalkan adik ammar huruf2 quran...guna flash card..

Adik ammar mengaji sebelum tidur...:)

Sekian dahulu sharing dari saya..berjam2 jugalah nak menyiapkan entry ni, kejap2 adik ammar mintak df, kejap2 umar nak itu ini...erm..camnilah super mommies..memang mencabar nak update blog..

secara konklusinya, yang penting adalah ilmu+ kesungguhan+ rajin+disiplin+hati cekal nak berikan anak sepenuhnya susu ibu. Tanpa elemen2 di atas mungkin niat bakal ke laut. so mommies2 jangan putus asa, jangan hangat2 tahi ayam teruskan bf untill 2 years your baby:-)

Goodluck mommies for your BF journey...:-).
All da best!

Sesiapa reader yang berminat nak mendapatkan Set Breastfeeding Shaklee
Boleh hubungi saya seperti di bawah,

Fb: Atfina Abdullah

sms/wa : 0126979844

FB Page : Gedung Supplemen Anda



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS